Saturday, November 13, 2010

Fitnah dan Tanda-Tanda Qiamat [Part III:Islam Mula-Mula Asing, dan Akan Kembali Asing]

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.118]
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam pada mulanya asing, dan akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah kiranya yang terasing."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.119]
Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya Islam itu mula-mulanya asing dan akan kembali asing bagai semula. Dia akan kembali kepada dua masjid sebagaimana ular kembali ke sarangnya."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.120]
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya iman itu akan kembali ke Madinah, seperti ular kembali ke sarangnya."40)

40). Makna hadith no.118, 119, dan 120. Islam itu mula-mula terasa asing dalam masyarakat yang serba jahiliyah, dan dianut oleh satu demi satu orang. Makin lama makin berkembang dan dengan mantap menduduki posisinya dalam masyarakat, sehingga kehadirannya harus diperhitungkan oleh dunia. Tetapi kemudian dia akan kembali asing seperti semula. Dalam keadaan begitu, Nabi s.a.w. mengatakan: Berbahagialah orang yang terasing (Islam) itu. (Syarah An Nawawi, 1:359)



Kalau Iman Telah Tiada

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.121]
Dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Belum akan terjadi qiamat, selama masih ada orang yang iman kepada Allah di muka bumi ini."



Menyembunyikan Iman Kerana Takut

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.122]
Dari Hudzaifah r.a., katanya "Pada suatu ketika kami berada bersama-sama Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda: "Cubalah Anda hitung untukku berapa jumlahnya orang-orang Islam." Jawab kami, "Ya, Rasulullah! Apakah Anda khuatir terhadap kami? Kami berjumlah kira-kira 600 sampai 700 orang." Sabda Rasulullah s.a.w., "Anda semua belum tahu, kalau pada suatu ketika akan terjadi cubaan." Kata Hudzaifah, "Benar juga sabda Rasulullah s.a.w. Nyatanya kami benar-benar mendapat cubaan, sehingga kami tidak dapat solat melainkan dengan cara sembunyi-sembunyi."

0 comments:

Post a Comment