Thursday, November 11, 2010

Masuk Syurga Tanpa Hisab

Masuk Syurga Tanpa Hisab (Tanpa Diadili)

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.170]
Dari Sa'id bin Musayyab, Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Nanti akan masuk syurga satu rombongan umatku, terdiri dari tujuh puluh ribu orang. Muka mereka bersinar-sinar bagaikan cahaya bulan purnama. Kata Abu Hurairah selanjutnya, "Mendengar sabda Nabi itu, 'Ukasyah bin Mihshan Al Asadi serta-merta berdiri sambil mengacungkan tangannya dan berkata: "Ya, Rasulullah! Doakanlah kepada Allah, semoga aku termasuk dalam rombongan mereka." Lalu Rasulullah s.a.w. mendoakannya, "Wahai, Allah. Masukkah dia di antara mereka." Kemudian berdiri pula seorang laki-laki Anshar, katanya, "Ya, Rasulullah! Doakan pulalah kepada Allah, semoga aku termasuk di antara mereka." Sabda Rasulullah s.a.w., "Ukasyah telah mendahului anda."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.171]
Dari 'Imran Ibnu Hushain r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak, akan masuk syurga tujuh puluh ribu orang umatku tanpa diperiksa." Para sahabat bertanya, "Siapa mereka itu ya, Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Mereka ialah orang-orang yang tidak berubat memakai jampi-jampi, tidak mempercayai suara burung (tathayyur), tidak berubat dengan tusukan besi panas (Kai) tetapi mereka tawakal kepada Tuhan mereka."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.172]
Dari Abu Hazim, dari Sahal bin Sa'ad r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak, akan masuk syurga tujuh puluh ribu orang umatku, sambil berpegang-pegangan tangan satu sama lain. Mereka masuk bersamaan, tidak dahulu mendahului; muka mereka bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.173]
Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami, "Sukakah anda semua menjadi seperempat penduduk syurga?" Kami menjawab dengan takbir, "Allahu akbar!" Nabi s.a.w. bersabda, "Aku berharap supaya anda menjadi seperdua penduduk syurga. Perlukah aku terangkan sebabnya? Sebabnya ialah, kerana orang muslim dibandingkan dengan orang kafir ialah bagaikan bulu hitam di tubuh sapi putih."

0 comments:

Post a Comment