Thursday, October 31, 2013

THE MEANING OF LIFE

I know most of you have already seen this but this is phenomenal maashaa Allah. May Allah reward this brother.

Wednesday, October 30, 2013

Nabi s.a.w Wafat Dalam Keadaan Menyebut Ummatii...Ummatii...?

Perkataan yang Rasulullah s.a.w. sebut di akhir hayatnya sebenarnya bukanlah "ummati... ummati..."

Tetapi "Ilaa Rafiiqul A'laa, Ilaa Rafiiqul A'laa."

إلى رفيق الاعلى

Rasulullah sebut, "Kepada Kekasihku Yang Tertinggi", atau "Kepada Temanku Yang Tertinggi".

Disaat itu, kita sedar dan faham bahawa Rasulullah memilih untuk kembali kepada Allah, Tuhan Yang Selayaknya Dicintai.

Rujuk Sahih Al-Bukhari, 3669, 4436, 4438, 4463.


Monday, October 21, 2013

Lebih Strict Lebih Islamik? Tidak.

Whenever the Prophet had to choose between two options, he always chose the easier, unless it was explicitly forbidden
[HR Bukhari]

Saturday, October 12, 2013

Haji Akbar? 70 Kali Ganda Pahala?

Menurut seseorang yang saya kenali, apabila Hari Wukuf bagi satu-satu ibadat Haji pada tahun itu jatuh pada hari Jumaat, Haji itu diistilahkan sebagai: Haji Akbar; di mana jemaah pada tahun itu diberkati dengan 70 kali pahala berganda berbanding haji pada tahun-tahun lainnya.

Persoalannya, benarkah begitu?

Katanya pandangan itu disandarkan kepada satu hadith yang berbunyi, "Sebaik-baik hari Arafah ialah yang jatuh pada hari Jumaat, dan kelebihannya melebihi 70 Haji pada hari selain dari Jumaat".

Persoalannya, sahihkah hadith itu?

Sheikh Nasiruddin al-Albani mengatakan hadith ini tahrijnya batil dan tiada asal dari Nabi saw. Ia merupakan hadith palsu [al-Silsilah al-Dhaefah jilid 1, hadith #207].

Begitu juga pendapat Ibn Qayyim dalam kitab Zad al-Ma'ad; juga al-Manawi dan Ibn Abidin.

_________________________________

Namun istilah "Haji Akbar" itu sememangnya wujud. Cuma takrifan yang diberikan (yakni apabila Hari Wukuf jatuh pada hari Jumaat dan mendapat pahala 70/72 kali ganda) itu yang palsu dan batil.

Kata "Haji Akbar" telah disebutkan oleh Allah s.w.t. sendiri di dalam al-Qur'an, Surah at-Taubah, ayat 3:

Dan (inilah) suatu permakluman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya berlepas diri dari orang-orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah. Dan beritakanlah kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih. [al-Qur'an, 9:3]

Namun takrifan "Haji Akbar" dalam ayat di atas adalah berbeza sama sekali dari apa yang sang "seseorang-yang-saya-kenali" nyatakan. Ia tiada kena mengena dengan 'Hari Wukuf jatuh pada hari sekian-sekian' dan tiada pula kaitan dengan 'pahala berganda'. Keterangan lanjut mengenai maksud Haji Akbar boleh dibaca melalui penulisan Ustaz Shauqi: "Tahun Ini Haji Akbar?".

Friday, October 11, 2013

Apabila Ceramah Motivasi Mula Merepek

Inilah yang al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ulas mengenai tipu daya iblis terhadap golongan wu’adz dan qussas ataupun tukang cerita ini:

“…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsu hadis-hadis dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Bukan tujuan tulisan ini menghalang ahli-ahli motivasi bercakap agama, tetapi pastikan apa yang disebut itu berasas dan benar dari segi faktanya.