Thursday, November 27, 2014

Worried That Allah Is Not Happy With You?

Jadi marilah bersedekah.

Friday, October 31, 2014

The Story of Adam in the Qur'an VS Theory of Evolution

(Current) Sains kata manusia adalah sebahagian dari produk evolusi alam. Sementara Qur'an pula beritahu, manusia berasal dari keturunan Nabi Adam a.s. yang diciptakan secara langsung oleh Allah 'Azza wa jal.

Question
There's ample evidence from science that shows things evolve, you have mutation, natural selection. People see a direct contradiction with god, Islam and evolution. How does a Muslim address this?

Answer (by Hamza Tzortzis)
It's very simple, Islam generally says go where the science takes you, to a point where it doesn't negate established theological facts.

As a Muslim when we look at evolution and we say it's amazing and interesting, we keep in mind that this is a theory that seems to work, it has a lot of empirical and theoretical justification. So as a Muslim scientist I would continue to do the science and agree with some of its conclusions.

- However, what we would say is if there is something that goes against the Islamic narrative, we would do an epistemic weighing, which means what is more valuable in terms of knowledge.

We know science is amazing and great but it changes all the time, e.g it changes because of two keys: thinking processes induction and empiricism.

- Induction is a thinking process where you have limited set of observations. And for the next observation, you make a conclusion based on the previous observations.

The issue is you might have a different observation that negates the previous observation e.g I'm a scientist in wales, I count the color of sheep and I count a 1000 sheep and they are all white so I conclude that they are all white, or the next sheep will be white. But there are black sheep so the next observation can be a black sheep and this will disagree with your previous conclusion. Science works heavily on induction which is never 100%

- Also science uses the worldview called empiricism, which basically says I can't have knowledge on anything unless it's directly or indirectly observable. But that means there might be something which you haven't seen, so there could be a future possible observation, that you haven't observed which can go against your current data. That's why every sincere scientist will say science is never 100%.

- So when we look at evolution, we need to realize that that's the best that we have now. But if in the best that we have, a part of evolution goes against the Islamic narrative (a part of it, not all of it as we agree with natural selection, mutations etc. but if there's something that goes against the Islamic narrative), we do an epistemic value weighing.

What is the value of knowledge? We saw in science, there's limitations, induction and empiricism. You will never get 100% truth. But with the Qur'an, it outweighs the conclusions made by science, why? Because we believe it's from the Creator. And we believe it's from the Creator for many many good rational and logical reasons. And therefore who will be more likely to be truthful? Us, humans as scientist, who are looking to the world to find the best conclusion using induction and empiricism which is limited? Or the Creator who created us and has all knowledge and He has the picture and we only have the pixel?

- We can also add that there was a time when most scientists believed that the universe was eternal. In the 1940's they believed in the steady state theory, the universe had no beginning or end, which contradicted the Qur'an, which says the universe began to exist.

So if you were a Muslim living in the 1940's, would you go with the Qur'an or with what scientists were saying? And there was a consensus amongst the scientists that the universe was always there. And it turned out science was wrong. And science changed.

The useful thing here is not to see this as a negative. It’s a good thing because science is the progressive development of knowledge based upon the empirical world and that’s a good thing. It becomes bad when you have the likes of Richard Dawkins etc. who say this is the 100% truth; and don’t entertain the fact that they might be wrong.

Wednesday, October 29, 2014

MERAMAL NASIB MELALUI TARIKH LAHIR???

Soalan:

Prof Madya Dato' Dr. Asri, sekarang ada banyak ceramah atau kursus untuk menyingkap rahsia tarikh lahir. Ada rakan-rakan saya menyertainya dan mula mempercayai nasib masa depan mereka menerusi tarikh lahir. Kononnya, tarikh lahir menentukan kemampuan dirinya, masa depannya dan lain-lain. Apa yang dipilih pun mesti berdasarkan tarikh lahir. Adakah ini diizinkan oleh Islam?


Jawapan Dr. MAZA:

Saudara, dalam masyarakat yang menghadapi berbagai tekanan hidup, kesibukannya, persaingan antara satu sama lain, maka ramai yang akan cuba mencari ‘keajaiban’ untuk merentasi semua itu. Jika tidak dengan Iman yang benar, maka sihir, merenung nasib dan berbagai khurafat yang lain akan timbul dan mengambil tempat. Akan ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan daripada keadaan yang seperti ini.

Untuk soalan tersebut beberapa perkara berikut saya ingin tegaskan;

________________________________


1. Islam adalah agama yang menentang semua unsur khurafat, tahyul dan apa sahaja kebatilan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar.

Meramal masa depan tanpa asas-asas yang boleh dipercayai atau saintifik adalah merosakkan akal dan menimbulkan berbagai salah sangka dalam kehidupan manusia. Ia boleh memutuskan harapan, atau membuat jangkaan yang salah. Sedangkan kita dilarang untuk berputus asa dari rahmat Allah. Segala unsur yang membodohkan manusia, ditentang keras oleh ajaran Islam ini.

________________________________


2. Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti ilmiah sama sekali.

Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan pra-sangka terhadap ciptaan Allah semata.

Jika ada yang mendakwa bahawa tarikh lahir tertentu seperti angka 1 mempengaruhi nasib tertentu dengan disertakan bukti beberapa tokoh atau individu, itu bukanlah bukti yang ilmiah. Entah berapa puluh juta manusia memiliki angka 1 dalam tarikh lahirnya, adakah semua mereka demikian? Sudah pasti bagi setiap angka ada berbagai watak manusia. Jika mahu, kita boleh dapati berapa ramai yang memiliki angka selain 1 mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 1 seperti yang para ‘penilik dan peramal’ nasib itu nyatakan. Dari mana mereka perolehi ciri-ciri tersebut? Ia sebenarnya, sebahagian warisan ahli-ahli nujum kuno yang ditentang oleh Islam, atau mungkin rekaan baru mereka untuk melariskan ‘bisnes motivasi’.

Sunday, October 26, 2014

UJIAN-UJIAN ITU

Orang yang berharta diuji dengan kelalaian.
Orang yang miskin diuji dengan kesempitan.

Orang yang berkuasa diuji dengan amanah.
Orang yang lemah diuji dengan penindasan.

Orang yang penyayang diuji dengan kehilangan yang tersayang.
Orang yang pembenci diuji dengan kehidupan sepi.

Orang yang ada rupa diuji dengan pelbagai fitnah.
Orang yang hodoh diuji dengan perasaan iri.

Orang yang kuat nafsu diuji dengan halangan memuaskan nafsu.
Orang yang tiada nafsu (asexual) diuji dengan tuduhan pembohong.

And the list can go on and on.

Masing-masing ada kelebihan masing-masing yang Allah berikan; supaya dapat kita manfaatkan untuk mengumpul bekalan akhirat.

Dan masing-masing ada kekurangan masing-masing, yang sengaja Allah berikan; sebagai 'aset penginsaf' untuk kita kembali kepada-Nya.

Dan masing-masing pun ada ujian masing-masing, baik kecil besar kejap lama ringan berat significant insignificant.

Jadi usahlah sekali-kali kita berharap kita dapat menjadi seseorang yang lain, hanya kerana tidak tahan dengan ujian yang sedang dihadapi.

Dan usahlah juga kita perlekeh ujian orang lain, kerana belum tentu kita punya kekuatan yang diperlukan bagi menghadapi ujian seumpama mereka.

Monday, October 13, 2014

HADIS PALSU DALAM MASYARAKAT MELAYU

Oleh : Shahfizal Musa
Foto : Ikhwan Hashim

BANGI, 15 September 2014 - Kajian oleh seorang pakar hadis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati 34.42% daripada hadis yang sering di petik dan digunakan di kalangan masyarakat Melayu adalah palsu atau mawdu.

Professor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir dari Fakulti Pengajian Islam mendedahkan hasil kajiannya itu dalam Syarahan Perdananya bertajuk, “Keberadaan Al-Mawdu dalam Masyarakat Melayu” di sini hari ini.

Beliau telah mengupas isu hadis palsu yang wujud dalam Islam hingga membawa kepada perpecahan umat pelbagai puak serta percanggahan dalam aqidah hingga merangkumi soal ibadat dan kehidupan.

Hadis Rasulullah ﷺ adalah sumber utama agama Islam selepas Al Quran tetapi dicemari dengan adanya hadis palsu yang memberi impak negatif kepada orang Islam dan pemahaman mereka terhadap Islam.

Hasil kajian Prof Jawiah mendapati daripada 825 hadis yang popular dalam masyarakat Melayu hanya 285 adalah mawdu.

Kajiannya juga mendapati hadis palsu itu bukan saja diperkatakan oleh orang yang tidak mempunyai kelayakan agama seperti perbincangan di kedai kopi atau jalanan tetapi oleh orang yang bertauliah dalam bidang agama seperti imam dan ustaz.
Hadis palsu demikian turut diungkapkan dalam kutbah Jumaat di seluruh negara, dalam kitab agama bahasa Arab, buku motivasi dan buku mengenai hari-hari penting dalam Islam seperti Israk-Mi’raj, kata Prof Jawiah.

Selain itu hadis palsu juga kedengaran di kaca TV dalam rancangan seperti Forum Perdana yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sendiri.

Beliau berkata apa yang berlaku adalah tokoh-tokoh agama termasuk imam dan ustaz mengambil jalan mudah dengan mengulangi hadis yang disampaikan oleh ‘ulama’ terdahulu.

Dengan itu hadis palsu demikian turut diulangi berkali-kali hingga merentasi zaman dan benua. Itulah sebabnya hadis palsu demikian terus digunakan sehingga hari ini, sedangkan hadis itu bukan dari Rasulullah ﷺ.

Prof Jawiah memberi contoh beberapa kitab mashyur oleh ulama terdahulu, yang secara tidak sengaja telah menggunakan hadis-hadis demikian dalam kitab-kitab mereka.

Beliau menyebut kitab seperti Durrah al Nasihin oleh Al-Hindi, Irshah ‘Ibad’ Ila Sabil Al Rashad oleh Sheikh Zayn Al-Din Al Malabari, Matla Al Badrayn dan Al Jawhar Al Mawhub wa Munabbihat Al Qulubby oleh Sheikh Ali Abd Al-Rahman Al Kelantani dan buku terkenal Ihya’ Ulum Al Din oleh Sheikh Al Ghazali.

Semua buku-buku itu mengandungi hadis sahih yang dicampur aduk dengan hadis mawdu dan hadis lemah.

Beliau menyebut kitab Ihya’Ulum Al Din oleh Sheikh Al Ghazali mengandungi sehingga 265 hadis yang dikenal pasti sebagai mawdu dalam pelbagai bab termasuk mengenai akidah. Sheikh Al Ghazali di penghujung hidupnya telah mempelajari ilmu hadis dengan mendalam.

Prof Jawiah hairan bagaimana hadis dipalsukan hingga telah menyelinap masuk ke kitab yang ditulis oleh ulama’ yang disegani dan telah menghuraikan sebab-sebabnya.

Pertama adalah untuk kepentingan politik di mana konflik yang tercetus di antara Sunni dan Syiah telah menyebabkan wujudnya hadis palsu. Masing-masing ingin menguatkan tuntutan mereka dan telah memalsukan hadis untuk mencapai maksud mereka.

Kedua adalah untuk kepentingan peribadi di mana hadis direka oleh penglipur lara untuk mengambil hati pendengar agar mereka diberi imbuhan wang.

Ketiga hadis boleh juga bertukar menjadi palsu apabila diterjemahkan dari bahasa Arab kepada Bahasa Melayu. Untuk memudahkan pemahaman banyak hadis dipendekkan dan tumpuan beralih daripada ketepatan kepada pemahaman, kata Prof Jawiah.

Turut hadir mendengar syarahannya ialah Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, dekan-dekan, pegawai-pegawai kanan UKM serta para pelajar.

لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق

Do not belittle any good deed,
even if it is as much as smiling in the face of your brother.
[Muslim]

Friday, July 25, 2014

Let's Feed The Needy!

Night of Power
A Fight Against Hunger


Kalau tak ada PayPal pun boleh donate ke acc CIMB Islamic:
A/C: 8600669196
Account Name: Mercy Mission Malaysia (Charity Right)
Swift Code: CTBBMYKL

Thursday, July 24, 2014

Tonight & Tomorrow You Have An AMAZING Opportunity In Sha Allah!

  1. 27th night of Ramadan is Friday night (the night comes before the day in Islam and starts after Maghrib, so Friday night starts after Maghrib tonight)
  2. Odd night from the last ten of Ramadan 
  3. Sa'at al istijabah (time when dua is accepted) which is before Maghrib on Fridays
  4. Dua at the time before Fajr. Also one of sa'at al istijabah
  5. Dua at the time of breaking fast both tonight and tomorrow!

Don't miss this AMAZING opportunity!

From: Bro Abu 'Abdissalam's FB Status

Tuesday, July 8, 2014

Friday, June 20, 2014

A Heart Melting Story From Brazil


A story about a brother they met when they were doing dawah @ Brazil World Cup.



Tuesday, June 3, 2014

Neighbours


How well do you know your neighbor? One of the most essential qualities of a Muslim is that they treat their neighbors well. Unfortunately, what that usually means in this day and age is simply waving to them as you pull out of the driveway. But its so much more than that. Establish a relationship with your neighbor slowly, take sweets over to them sometimes (especially on Eids), offer to help them with yard work, and routinely ask them if they need anything.

All that will be uncomfortable initially, but you never know what it may lead to. And know that this is not just for the sake of Dawah, but indeed it is a part of your faith.

From: Sh. Omar Suleiman's Facebook Status


Friday, April 4, 2014

Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani


Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Qur'an, 3:129]

Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar) dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Qur'an, 42:5]

Dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Qur'an, 4:106]

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Qur'an, 4:110]

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Qur'an, 39:53]

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri229, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.[Qur'an, 3:133-136]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad s.a.w.), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Qur'an, 57:28]

Dan banyak lagi ayat-ayat Al-Qur'an berkenaan sifat Allah yang Maha Pengampuan lagi Maha Mengasihani.

[229]: Yang dimaksud perbuatan keji (faahisyah) ialah dosa besar yang mana mudharatnya tidak hanya menimpa diri sendiri tetapi juga orang lain seperti zina, riba. Menganiaya diri sendiri ialah melakukan dosa yang mana mudharatnya hanya menimpa diri sendiri baik yang besar atau kecil.


Thursday, April 3, 2014

Allah Yang Maha Pengampun


Kisah Taubat Seorang Pembunuh

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2372]
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Zaman dahulu ada seorang pembunuh yang telah membunuh korbannya 99 orang.

Lalu dia bertanya kepada penduduk negeri, "Siapa ulama yang paling alim di negeri ini?" Maka ditunjukkan orang seorang rahib (pendeta Yahudi). Lalu didatangi rahib itu seraya mengatakan dia telah membunuh 99 orang. Kemudian dia bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? Jawab rahib: "Tidak!" Maka dibunuhnya rahib itu, dan genaplah korban pembunuhannya 100 orang.

Kemudian dia bertanya pula kepada penduduk, "Siapa ulama di negeri ini?" Maka ditunjukkan orang kepadanya seorang ulama yang alim. Dia menceritakan kepada orang alim itu bahawa dia telah membunuh korbannya 100 orang. Kemudian bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? Jawab ulama, "Ya, selalu terbuka! Pintu taubat selamanya tidak pernah tertutup. Siapa yang sanggup menutup pintu taubat bagi Anda? Pergilah Anda ke negeri Anu, kerana di sana penduduknya menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama-sama dengan mereka dan jangan kembali lagi ke negeri Anda, kerana negeri Anda telah rosak."

Maka pergilah orang itu ke negeri yang ditunjuk sang ulama. Setengah perjalanan tiba-tiba orang itu meninggal. Maka bertengkarlah malaikat rahmat dengan malaikat azab. Kata malaikat rahmat, "Orang ini telah taubat dan dia sedang menghadap dengan hati yang taubat itu kepada Allah Ta'ala." Kata malaikat azab, "Dia belum pernah melakukan kebaikan sedikit jua pun." Tiba-tiba datang seorang malaikat dengan rupa manusia, lalu dia berdiri di tengah-tengah mereka seraya berkata, "Ukurlah jarak kedua negeri itu, ke mana yang lebih dekat bawalah dia ke situ." Setelah diukur ternyata yang lebih dekat ialah negeri yang ditujunya. Maka dibawalah dia oleh malaikat rahmat."




Kepemurahan Allah Ta'ala menerima taubat dan ampunan

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2362]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Ta'ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu, melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2363]
Dari Ayyub Al Anshari r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Seandainya kamu sekalian tidak mempunyai dosa sedikit jua pun yang patut diampuni Allah, nescaya Allah akan mendatangkan suatu kaum yang penuh dosa untuk diberikan-Nya ampunan bagi mereka."


Wednesday, April 2, 2014

Allah Yang Maha Mendengar


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Qur'an, 2:186]

Doa - Instrumen mendekatkan diri kepada Allah
Doa - Tulang belakang ibadah
Doa - Medium permintaan pertolongan kepada Yang Maha Berkuasa
Doa - Alat komunikasi dengan Allah
Doa - Mohon apa sahaja yang dihajati, selagi intinya tidak mengandung dosa

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba, selama doa itu tidak mengandung dosa, atau memutus silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan." Lalu beliau ditanya orang, "Apa maksudnya minta cepat-cepat?" Jawab beliau, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya, Aku telah mendoa, Aku telah mendoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu dia putus asa dan berhenti mendoa." [Hadith Sahih Muslim]

`Ubadah bin As-Samit r.a. said: The Messenger of Allah s.a.w. said, "Whenever a Muslim makes dua to Allah, He accepts his dua or averts any similar kind of trouble from him until he prays for something sinful or something that may break the ties of kinship.'' Upon this someone of the Companions said: "Then we shall supplicate plenty.'' The Messenger of Allah s.a.w. said, "Allah is more plentiful (in responding).'' [At-Tirmidhi]

Aku punya 10 doa-doa yang telah kupanjatkan.

5 doa duniawi dan 5 doa ukhrawi.

2 daripada doa duniawi telah Allah perkenankan sebagaimana yang aku hajati (。◕‿◕。)
Subhaanallah, alhamdulillah!

Dan selebihnya 3, telah Dia perkenankan dengan apa yang lebih baik daripada apa yang aku hajati (。◕‿◕。)
Subhaanallah, alhamdulillah!

Dan kesemua 5 doaku untuk kesejahteraan hari akhirat, aku yakin Dia akan perkenankan juga. Kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat (。◕‿◕。)

Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur). [Qur'an, 93:11]


Tuesday, March 25, 2014

Riyak VS Norma Masyarakat


In this post, let's discuss about the validity of this message shared by Saudara Al Wakaka (gambar)

Bila seseorang lakukan kebaikan secara terbuka, kita dapati ada saja mereka yang merampang, "Riyak betul!" But whose footsteps do these detractors follow? Para sahabat atau munafiqun? Let's find out.

1. Mari lihat gelagat orang munafik tatkala mereka dapati para sahabat bersedekah secara terbuka:
[Hadith Sahih Muslim. Jilid 2. Nombor 0975. Topik: Zakat] 
Dari Abu Mas'ud RA, katanya: "Kami diperintahkan Rasulullah SAW supaya bersedekah, sedangkan kami hanya pekerja kasar atau kuli. Namun Abu 'Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lain mengikutinya dengan menyedekahkan apa saja, namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: "Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak membutuhkan sedekah ini dan itu. DAN MEREKA MELAKUKAN INI SEMUA HANYA KERANA RIYAK SEMATA-MATA." Kerana ucapan mereka itu, maka turunlah ayat: "(Orang-orang munafik, iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu dengan seksa yang pedih." [al-Taubah, 9:79]

So as you can see, it is morally bankrupt people who tend to accuse others of being morally bankrupt. It's just a simple psychological projection (read more on Wikipedia). They can't live up to those good qualities, so to take away the responsibility from doing it themselves, they make fun of it. That's how their game works.

2. Mari telusuri pula ibrah para sahabat dan lihat sikap mereka 'hadapi' amal & ibadah orang.
[Hadith Sahih Muslim. Jilid 2. Nombor 0959. Topik: Zakat]
Dari Abu Dzar RA, katanya beberapa orang sahabat Nabi SAW (dari Muhajirin) pernah berkata kepada baginda SAW, "Wahai Rasulullah SAW, Kaum hartawan (dari Ansar) dapat memperoleh pahala yang lebih banyak (daripada kami Muhajirin). Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa, (tetapi) bersedekah (pula) dengan sisa harta mereka..."[1]

Nah, lihat asbab ketidakpuasan hati Muhajirin terhadap Ansar. Does it have anything to do with riyak? No. Gelisah itu timbul dari rasa tidak ingin kalah dalam persaingan ibadah, sekurangnya dari segi kuantiti. Solat sunat, puasa sunat, mereka mampu bersaing, tapi sedekah? Mereka terasa tertewas kerana kekayaan ditinggal di Makkah sewaktu hijrah.

Pause here.

The fact that there were healthy competitions going on between them clearly shows they knew about the ibadah of each other, i.e., bukanlah setiap masa mereka sembunyikan ibadah sunat mereka. Think about it.

Even in the Qur'an, Allah SWT said, "Jika kamu MENAMPAKKAN sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu." [al-Baqarah, 2:271]

"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan TERANG-TERANGAN, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya." [al-Baqarah, 2:274]

"Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau TERANG-TERANGAN serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)." [ar-Ra'd, 13:22]

Meaning the choice is yours whether to do ibadah privately or openly, so long as your intention is pure and ikhlas. And everyone knows their own intention better than those denigrators.

Kalau kita hidup dalam komuniti yang kontang dari melakukan ibadah, then why not do our good deeds openly so we can inspire others? So we can make it a "social norm"?

Action speaks louder than words after all. Berdakwah dengan menunjukkan tauladan itu jauh lebih berkesan & efisyen berbanding dakwah secara lisan. All too often when we talk about choosing friends, we focus too much on avoiding the blacksmith and finding the perfume-seller, to the point that we forget we can become the perfume-seller ourselves, especially if we have a bold and strong personality.

Demikian yang telah dilakukan para sahabat sehingga di sana wujud persaingan sihat dalam beribadah.

Firman Allah SWT dalam al-Qur'an, "...berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan..." [2:148] [5:48]

Contrast this to our reality. Masing-masing lebih bersungguh bersaing menyembunyikan ibadah yang entah ada entah tidak, lebih selesa hidup camouflage di sebalik budaya self-serving, narcissism, judgmentalism, hedonism, yang kian menjadi kebiasaan. Tweet "Done terawih!" diberi kecaman, sementara laghw dan fahisyah dibiar merajalela. Desensitized.

Nilai moral semakin dihela ke tingkatan rendah. Maka tidak hairanlah label riyak itu tertempek ke atas muka semua penzahir ibadah.

But let us overwrite that notion. "Qiyamullail adalah amalan istimewa yang dilakukan hanya oleh orang-orang soleh"? Turn it into a norm then, just like how it was back in the days of the sahaba — everyone was doing it and sharing their experience, jadi tak timbul pun rasa riyak, kerana memang tak ada apa pun yang nak dibanggakan. It. Was. A. Norm.

Ultimately, social norms can be shaped and changed. So what do *you* want to normalize in *your* society? Sayyi'at, laghw, atau hasanat?

__________________


Nota tambahan:

As for the other side of the coin, buat mereka yang merebuntukan keikhlasan dalam beribadah, lazimkanlah 2 amalan ini:

1. Increase your private good deeds. Make sure that your private good deeds > your public good deeds, both in quality and quantity.

2. Berdoalah agar dibersihkan hati dari virus riyak:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

Terjemahan Bahasa Melayu: "Ya Allah, kumohon perlindungan-Mu dari kulakukan kesyirikan kepada-Mu sedang aku mengetahuinya, dan kumohon keampunan-Mu (sekiranya kulakukan kesyirikan kepadaMu sedang) aku tidak mengetahuinya."

Terjemahan Bahasa Inggeris: "O Allah, I seek refuge in You that I commit shirik with You while I’m aware of it, and I ask You to forgive me if I did it unintentionally."

—Doa petikan Hadith Sahih Bukhari

Ingat, riyak itu syirik khafi. So personally, I would rather keep my ibadah to myself. The purpose of the post is to put you in mind of the implications that judging others' intentions have on shaping social norms. Hence the title of the post.

__________________

Footnote:

[1] - Sambungan Hadith No.0959: Jawab Nabi SAW, "Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; menyuruh pada kebaikan adalah sedekah; melarang kemungkaran adalah sedekah; dan hubungan intim kalian (dengan isteri) adalah sedekah." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah salah seorang di antara kami melampiaskan syahwatnya dan dia mendapatkan pahala?" Rasulullah SAW menjawab, "Bagaimana pendapat kalian jika ia melampiaskan syahwatnya pada yang haram, apakah ia berdosa? Demikian juga jika melampiaskannya pada yang halal, maka ia mendapatkan pahala."

Saturday, March 15, 2014

Anti Drama

Tidak dinafikan, apa yang diperlukan bagi mereka yang terlalu berfikiran negatif adalah interaksi sosial, sedikit hiburan, pembetulan falsafah hidup, hidup beriadah, dan sikap pandang ke hadapan; namun apabila semua ini diambil dalam dos melebihi kadar sepatutnya, mereka akan mula hilang rasa sensitif terhadap musibah yang menimpa diri mereka. Tidak peka mengenal 'drama' yang bermain dalam hidup seharian mereka. Mengaku salah, taubat, air mata, kepekaan terhadap emosi orang sekeliling, kehalusan jiwa, semua ini hampir hilang dari kamus hidup mereka. Mata dibasahi air masinan hanya apabila menonton drama pengundang tangis di skrin-skrin gajet, tatkala sedaran mereka lalai dari 'drama' hakiki yang bermain dalam kehidupan nyata mereka; terkadang bukan lalai, tetapi sengaja melarikan diri.

Ahli keluarga meninggal - Masih kuasa berjenaka di majlis pengebumian. Tiada seorangpun mengalirkan air mata.

Kawan kehilangan laptop - Yang lain berkerumun datang bertanyakan perincian kejadian; bukan kerana ingin membantu atau bersimpati, tetapi kerana ingin menjadi orang pertama menyebarkan berita sensasi.

Anak menangis-nangis datang mengadu kes pembulian emosi di sekolah - Nasihat ringkas ibu bapa: "jangan manja sangat; abaikan je apa orang kata".

Kawan beria meminta maaf menangis-nangis - responnya: "tak yah drama sangat kot. Awkward doh".

Nah, generasi alaf baru. 'Emosi' bagai sudah tidak dibenar untuk main peranan dalam hidup seharian. Lebih-lebih kaum adam. Adakah bagi generasi ini, para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu adalah gay-gay belaka? Kerana mereka terlalu kerap menangis? Kerana hati mereka terlalu lembut, terlalu sensitif? Terutama Umar al-Khattab r.a.?

Apakah yang mampu mencairkan semula emosi generasi kita yang sudah beku membatu?

Menunggu musibah maha dahsyat datang menimpa? Sehingga lutut merebah pilu meledak?
Entah.
Tepuk dada tanya nurani, tepuk kepala tanya akal.

Hidup ini penuh drama.
Mahu tidak mahu.
Suka tidak suka.
Terima atau nafi.
Lari atau tempuh.

Bagaimana kita tempuh - itulah persoalannya.

Last but not least: Menangislah Wahai Mata!

Being optimistic is good. Namun 'wasatiah' jugalah kunci kepada siratal mustaqim. Be realistic.

Monday, March 10, 2014

Evil Eye aka Penyakit Ain aka Al-'Ayn - [by Sh. Dr. Yasir Qadhi]



Tahukah anda apa itu Penyakit Ain (atau dalam Bahasa Inggeris disebut Evil Eye, atau dalam Bahasa Arab al-'Ayn)?

Evil Eye adalah malapetaka yang menimpa seseorang (seseorang yang mempunyai kelebihan - seperti kekayaan, ketampanan, kecantikan, berpangkat, atau berumahtangga bahagia), bilamana terdapat individu menyimpan rasa hasad membara (burning jealousy) kepada mereka.

Contoh Evil Eye: Seorang jelitawan mula hilang kecantikannya apabila terdapat individu menyimpan rasa hasad membara kepadanya.

Contoh lain : Sebuah kereta mewah ditimpa kemalangan jalanraya apabila terdapat individu menyimpan rasa hasad membara kepadanya.

Begitu juga dengan kekayaan, kehidupan rumahtangga bahagia, pangkat, dan kelebihan-kelebihan lain; apabila terdapat individu menyimpan rasa hasad membara terhadap mereka, mereka akan mula terdedah kepada kebarangkalian untuk ditimpa Evil Eye. Wal ‘iyyazu billaah - kita berlindung dengan Allah dari semua itu.

Dalam sebuah Hadith (riwayat Abu Dawud), Rasulullah SAW menyebut bahawa kesan Evil Eye ini boleh membawa seseorang ke kubur. i.e. boleh menyebabkan kematian.

Dalil naqli untuk membuktikan hakikat Evil Eye ini terdapat numerous di dalam al-Qur'an dan Hadith.

The most obvious one be:
العين حق 
"The Evil Eye is true"
[Sahih Bukhari]

From this simple Hadith, we learn that the Evil Eye is a REALITY; and NOT a mere superstition.

Antara dalil lain adalah peristiwa Nabi Ya'qub AS berpesan kepada anak-anaknya agar mengelak perhatian orang ramai [al-Qur'an, 12:67]

Begitu juga di dalam surah al-Falaq, tatkala kita berdoa memohon perlindungan Allah daripada "kejahatan pendengki apabila mereka berdengki" [al-Qur'an, 113:5]

________________________________

Jadi bagaimana cara untuk kita mengelak dari terkena Evil Eye? :

1. Berdoalah memohon perlindungan Allah SWT. i.e. Bacalah surah al-Falaq - kerana sememangnya kandungan surah al-Falaq itu terdiri dari doa - 


قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
وَمِن شَرِّ النَّفَّـثَـتِ فِى الْعُقَدِ
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Terjemahannya:
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,
dari kejahatan makhluk-Nya,
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita,
dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul,
dan dari kejahatan pendengki apabila ia dengki".

2. Don't be flashy - sebagaimana pesanan Nabi Ya'qub AS kepada anak-anaknya. [al-Qur'an, 12:67].

3. Apabila kita memuji seseorang, pujilah dengan menyebut nama Allah. e.g. Maa shaa Allah; Tabaarakallah. (Contoh penggunaan: Maa shaa Allah, lawa betul rumah itu. - Maa shaa Allah, cantik betul akak itu. - Maa shaa Allah, comel betul bayi itu. - Maa shaa Allah, hensem betul lelaki itu. - Maa shaa Allah, tabaarakallah, bahagia betul keluarga mereka).

Sebagai nota sampingan: Terdapat segolongan masyarakat kita menganggap bahawa punca Evil Eye itu terletak pada 'kata-kata pujian' itu sendiri, maka mereka seboleh-bolehnya mengelak dari dipuji dan memuji. Misalnya dengan berkata, "Jangan dipuji-puji sangat, jangan disebut-sebut sangat, nanti nikmat ditarik balik!". Tapi notion itu sebenarnya adalah SALAH sama sekali. Puji-memuji itu tidak salah, sekiranya ia sekaligus dikembalikan kepada Allah SWT. Sebab itulah kita sertakan "Maa shaa Allah", atau "Tabaarakallah" bersama kata pujian.

- Mereka yang DIPUJI pula harus ucapkan "Alhamdulillah", atau "Laa quwwata illaa billaah", atau dibalas kembali dengan "Maa shaa Allah".

_____________________________

Apakah yang harus kita lakukan jika terkena Evil Eye?

- Menurut sebuah Hadith Sahih (riwayat Imam Ahmad): Jika kita dapat kenal pasti individu yang telah menyebabkan Evil Eye ke atas kita (siapa yang dengki kepada kita): Kita perlu mandi menggunakan air dari hasil bekas wudhu' orang yang telah menimpakan Evil Eye itu.

_____________________________


Apakah yang harus kita lakukan jika kita merasa bahawa kita sendiri berkecenderungan menimpakan Evil Eye ke atas orang lain i.e. kita sendiri merasa dengki terhadap seseorang?

- Sebutlah "Maa shaa Allah"; dan "Baarakallahu feek". (Kita mendoakan kebaikan untuk orang yang kita dengkikan itu "Semoga Allah memberkati anda", atau dalam Bahasa Arab: "Baarakallahu feek"). In sha Allah, Allah SWT akan hapuskan perasaan hasad dari dalam dada kita.

- Ingat pesan Rasulullah SAW bahawa, "Hasad dengki itu menghapus pahala kebaikan (diri) umpama api membakar kayu arang." [riwayat Abu Dawud]

Semoga hati kita sentiasa bersih dari perasaan dengki, dan semoga Allah lindungi kita dari terkena al-'Ayn. Amin.

Sunday, March 9, 2014

Wallpapers

Ada plus minus 150 wallpapers dalam koleksi ni.



















Personal Favorite Seerah Episode, About Ahlus Suffah and Abu Hurairah




Friday, February 7, 2014

Unity Does Not Mean Uniformity & The Hadith of The 73 Sects

"My Ummah will divide into seventy-three sects all of which except one will go to the Fire, and they (i.e. the Saved Sect) are those who are upon what I and My Companions are upon" - Prophet Muhammad ﷺ

One of the most oft-commented tradition of our Prophet ﷺ that is echoed from the mimbars of every Masjid & the focus point of many conversations of our over-zealous youth. Yet many questions arise. Are the majority of the Ummah misguided?! And is every 'deviation' automatically bound to the Fire of Hell? And which group is the Saved Sect?

Shaykh Dr. Yasir Qadhi answers these crucial questions, and more, in his latest lecture entitled "Unity does not mean Uniformity & The Hadith of the 73 sects".

An unmissable lecture for EVERY Muslim: