Friday, February 6, 2015

Perlukah Muslim Membenci Yahudi?

YAHUDI ATAU ZIONIS?

Pertama sekali, masih ramai Muslim keliru antara istilah "Yahudi" dengan "Zionis".

Bila lihat kekejaman yang berlaku di Palestin, ramai Muslim akan buka mulut berkata, "Tak guna punya Yahudi! Semoga korang dilaknat!"...... Yahudi this and Yahudi that.....

Tapi

Ketahuilah saudara-saudari sekalian, bahawa sesungguhnya "Agama Yahudi" sendiri sebenarnya adalah musuh kepada kerajaan dan negara Israel.

Pembentukan negara Israel itu adalah agenda Zionis. Dan bukannya (Agama) Yahudi.
Jadi persisnya, kedudukan (agama dan bangsa) Yahudi dalam konflik Israel-Palestin adalah:
[Zionist]
VS
[Muslim & Yahudi SELURUH DUNIA]
Ramai yang menganggap bahawa "Zionis" adalah subset kepada (fahaman agama) "Yahudi". Tetapi tanggapan itu sebenarnya adalah sama sekali tidak benar. 
Two completely separate entity.
Dan ya. Ideologically speaking.

Tapi kalau dari segi "bangsa", sudah tentu Zionis adalah subset kepada BANGSA Yahudi.
Pun begitu, itu tetap tidak membantu kalian menjustifikasi kebencian kalian terhadap "Yahudi".
Pernahkah Islam mengajar kita untuk memusuhi sesuatu kaum hanya kerana keturunan atau agamanya?
Jelas sekali, tidak.


______________________________________



YAHUDI DI ZAMAN RASULULLAH SAW

Sebagaimana yang kita ketahui, ketika Rasulullah SAW baru berhijrah ke Madinah, baginda sangat bersikap optimistik terhadap kaum Yahudi.

Rasulullah banyak mengarahkan kaum Muslimin untuk mengikuti, menyerupai, dan meniru amalan kaum Yahudi. Dengan harapan dapat melembutkan hati kaum Yahudi untuk memeluk Islam.

Tetapi persangkaan baik Rasulullah SAW itu kemudiannya dikhianati oleh kaum Yahudi sendiri; dengan melanggar Piagam Madinah.

Selepas itu bermulalah deretan 'hukuman' Rasulullah SAW ke atas kaum Yahudi (Bani Qainuqa', Bani Quraizah, dan Bani Nadhir), yang kaum demi kaum telah mula melanggar piagam; dengan mencabul wanita Muslim; membunuh lelaki Muslim; bersekutu dengan musuh Islam di dalam peperangan; membuat percubaan membunuh Nabi; dsb.

Setelah deretan peristiwa itulah Rasulullah SAW mula mengambil sikap tegas dan keras terhadap kaum Yahudi MADINAH.

Mula mengarahkan kaum Muslimin untuk tidak lagi mengikuti, menyerupai atau meniru amalan kaum Yahudi.

Jadi sebagaimana yang dapat kita lihat, jelasnya, Rasulullah SAW bersikap keras terhadap kaum Yahudi Madinah itu adalah atas kesalahan mereka melanggar piagam.

Rasulullah tidak sekali-kali memusuhi mereka hanya kerana keturunan atau agama mereka. TIDAK!

Kalaulah Rasulullah SAW bersikap rasis, tentulah kaum Yahudi Yaman pun tidak akan berminat untuk menghantar rombongan mereka ke Madinah bagi mempelajari, seterusnya memeluk Islam.


_________________________________________



YAHUDI SELEPAS ZAMAN RASULULLAH SAW
Lihat bagaimana Pendeta Yahudi ini memuji layanan
Muslim dan negara Islam terhadap Yahudi

Historically speaking, kedatangan kaum Yahudi ke negara Islam disambut baik oleh kaum Muslim, sebagai Zimmi.

Bilamana Yahudi menghadapi 'massacre' dalam crusade dan perang dunia kedua; mereka mencari tempat perlindungan di bawah negara-negara Islam. Dan tahukah anda bagaimana respon Negara Islam? Kita SENTIASA TELAH MEMBERI perlindungan kepada mereka.

FAKTA: Jadi lihatlah di negara-negara Islam sekarang. How the Jews flourished in Muslim and Arab lands. Di Tunisia, Morocco, Iran, Mesir, Yaman, dll... Yahudi di sana diberi hak sepenuhnya oleh Muslim untuk mengamalkan ritual agama mereka, tanpa sebarang gangguan. Hubungan mereka begitu rapat; sehingga Yahudi diberi kepercayaan mengasuh anak Muslim, dan Muslim diberi kepercayaan mengasuh anak Yahudi.

After all, Jews are "ahli kitab", remember?


________________________________________



AHLI KITAB?

Ramai Muslim Malaysia hari ini mendakwa bahawa penganut agama Yahudi dan Kristian pada hari ini tidak lagi layak digelar ahli kitab.

Hujah mereka adalah: Kitab "New Testament" dan "Old Testament" yang wujud pada hari ini tidak lagi sama dengan "Injil" dan "Taurat" yang telah Allah SWT turunkan kepada Nabi Isa dan Musa AS
- Yes, they are right. Kandungannya sudah berubah dari yang asal.

Tapi lupakah mereka, bahawa "Injil" dan "Taurat" sememangnya sudah korup sejak zaman Rasulullah SAW lagi? Yet the Jews and Christians at the times of Rasulullah SAW were still called "Ahlil Kitab"; EVEN IN THE QUR'AN.

Jadi jelas, pengkriteriaan definisi "Ahli Kitab" mereka itu adalah SALAH.

Jika Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW dipanggil Ahli Kitab, tentulah Yahudi dan Nasrani zaman kita tetap dipanggil Ahli Kitab.

__________________________________________________



KEADILAN DALAM ISLAM

Islam adalah agama yang adil.

Islam tidak pernah mengajar kita untuk memusuhi sesuatu kaum hanya kerana keturunan atau agamanya.

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." [Al-Qur'an, 5:8]

_____________________________________



ALLERGIC?

Mungkin alergiknya kalian terhadap "Yahudi" hanyalah semata-mata kerana kalian tidak pernah jumpa orang "Yahudi" yang baik dalam hidup kalian.

Jikalau begitu, anda dijemput menonton video ini:

Mikhael Elijah: Caucasian by race, Jew by religion



Also, check out Anna Baltzer (a Jewish lady), who tirelessly work for the cause of Palestinian rights against Israelis.

Anna Baltzer (kanan): Jew by race, Jew by religion
Check out her [Facebook] as well.