Thursday, June 18, 2015

Reminiscing My SMTG Days

Bismillah. Salaam.

Selamat Tahun Baru yalls.

Aku teringin nak update blog sebenaunya... Tapi oleh kerana daku super tidak mengetahui tentang apa harus ku apdeti.... Super tiada apa untuk diceritakan... So....

Bee tee doubleU... Biasanya setiap akhir tahun, aku akan karang entry "Summary of 201X" kan? Tapi siriyusly, "Tahun 2015" aku super tidak berbaloi untuk di-summarize... So aku tak akan buat entry summary untuk 2015.

Sebagai ganti(?), aku nak super kongsi pengalaman persekolahan aku dulu lah ye.
Sekolah Menengah Teknik Gombak menurut memori aku

Harini aku akan bawak korang semua melawat dunia SMTG AKU! Dunia SMTG yang ada dalam kepala aku! Bukan SMTG sebenar okeh. Dunia memori aku.

Dunia sekolah yang besau & majestic.

Tapi kalau bukan 'menurut memori aku' pun, SMTG ni memang kira dalam kategori sekolah yang agak besau..... kot?

Besau tak besau, yang membuatkan suasananya menjadi 'majestic' di mata aku adalah jumlah tangganya yang perlu diharungi!! Jalan sikit confront tangga. Jalan sikit confront tangga. Almaklum sekolah yang dibina atas kawasan bukauan, dekat tepi highway.... I super loike!! I loike all the tanggas & I loike the highway in the background. Dari dorm aku pun boleh nampak highway berlatarbelakangkan bukauan. Malam-malam sangat romantic okeh!! Lampu oren highway tu mencipta suasana romantik.

But heh, Pacik Apis. Jangan kelam-kabut please. Mari ceritakan satu demi satu please. Mengikut kronologi. Okeh? Yarghh.

____________________


Mari ceritakan dulu kisah kemasukan aku ke SMTG.

Lepas PMR, kononnya aku dah tetapkan cita-cita nak jadi arkitek. That's why Teknik menjadi pilihan (instead of meneruskan sekolah agama - And I know, much can be said about this, but for the purpose of this entry, mari abaikan detail situ).

And why specifically "Gombak", padahal dekat Sungai Buloh pun ade je teknik, adalah kerana parents aku syorkan Teknik Gombak. Kata mom "Dekat dengan tempat kerja ayah (UIA Gombak), jadi senang nak visit". Hahah. Memang betul-betul dekat pun.

So sebelum masuk SMTG ni pun, dah banyak kali aku penah lalu tepi dia masa ikut ayahanda gi tempat kerja. Dan setiap kalinya, I go, "Cantiknya bangunan ni (tambah-tambah masa tu buildings baru siap). Sekolah ke? Besarnya", gitu. And later on, I come to know that that is Sekolah Menengah Teknik Gombak. "Wow. Sekolah rupanya. Mesti best siapa dapat sekolah sini..." - not knowing that aku pun bakal jadi student situ.

... So bila parents aku syorkan 'Teknik Gombak' tu, memang laju je lah aku menge-yes-kannya! "Warghh! Aku pun dapat jadi penghuni castle tu!" Alhamdulillah!

___________________


Hari Pendaftaran

Meriah! Macam ada pesta! Dekat gate depan, kedatangan pelajau baru disambut oleh abam-abam & akak-akak pengawas dengan senyuman. Walaaa.

Then lalui procedure tipikal pendaftaran. Dekat kelas & dewan makan.

Jujurnya, aku sebagai seorang ex budak sekolah agama, masa hari pertama tu, warghhh, telah mengalami culture shock dengan shock bermagnitud 7! Bila tengok perangai bebudak pompuan masing-masing 'liar' (berbanding pompuan sekolah aku sebelum tu), I was like, "Ishhh". Then bila nampak tudung cikgu aku nipis bebenau sampai boleh nampak rambut di bawahnya, I was like, "Sama macam tak pakai tudung!!".. Hargh. Tipikal budak sekolah agama lah tu kan. Cara ustaz & ustazah sekolah agama mengajar kita "what's wrong & right" (sambil demonize contoh-contoh yang buruk) membuatkan kita masing-masing jadi judgmental... kan? Membuat kita jadi suka demonize orang-orang yang kurang religious.
Sidenote: No doubt, approach para ustaz & ustazah
'mengajar nilai baik & buruk' mungkin boleh diperbaiki,
tapi papepun, aku still sayam semua ustaz ustazah aku!
Tanpa mereka, sungguh, tiadalah daku pada hari ini!
I mean it.

Kembali kepada cerita culture shock tadi. Bukan aku je yang mengalami culture shock. Bahkan ayahanda daku jua. He was like, "Mat saleh pon register anak sini?!..." Hahah. *yang ni tak berapa nak 'culture' sangat kot shock dia... tapi still shock*

Muka budak tu memang mat saleh, rambut pun perang, tapi speaking Melayu macam biasa je. And op coz, a Muslim.

Perangai budak tu agak... agak liar tbh. So awal-awal, aku tak berapa nak gemar budak tu. Tapi few weeks later, time prep malam, ada sekali tu, dia dengan memember dia datang buat kacau dekat kelas aku. Dok berhuha tak tentu arah. So aku dok jeling dia dengan jelingan tak puas hati. Bila dia pasan jelingan aku, dia balas balik jelingan tu.. Bertentang mata lelama. Pastu dia datang dok sebelah aku & start tanya nama bagai & then start mengorat aku!! Bwahahaha!! Tahapa-hapa sungguh! Rupanya dia tu memang openly gay. Aku baru tau time tu. Then member dia tanya, "Wei Harith, ko bukan dah ada Husni ke?", he goes "Dah busuk", then "Meor?", blablabla... so on and so forth... Boy, that escalated quickly... Tsk tsk tsk.
Tapi gay tak gay, sejak dia beri layanan baik kat aku tu, aku pon terus jadi okay dengan dia. Hahah. Policy aku zaman sekolah dulu memang sempoi: Sapa baik dengan aku, aku baik dengan dia. Siapa gengster dengan aku, aku gengster dengan dia. *The latter is very childish, I know*

_________________


Kenalan Zaman Sekolah

Pastu aku jalani kehidupan sekolah macam bebudak sekolah biasa..... Well not really. Zaman sekolah dulu perangai aku ni sangat kesquirrelan. So by the grace & mercy of Allah, aku dapat bekawan dengan semua orang, alhamdulillah. So walaupun aku takde pegang apa-apa jawatan, tapi bilangan kenalan aku, maa shaa Allah, aku rasa satu sekolah pun kenal aku kot? Sampaikan kekadang orang yang aku tak kenal pun tegur aku, "Alhafis~". Dah macam celebrity ha XD Hahah. So dari segi tu, rasanya aku ni tak berapa nak 'macam budak sekolah biasa'.

Bee tee doubleU... Antara panggilan aku yang paling common zaman SMTG dulu adalah "Alhafis".... Sebab batch aku dulu terlampau ramai budak bernama "Hafiz". So bagi membantu orang membezakan antara setiap Hafi(d)zs, terpaksolah kami dipanggil dengan panggilan yang..... yang tak Apis.. Dekat kelas aku je pun dah ada 2 orang Hafidz (termasuk aku). So awal-awal dulu, guru kelas aku penah suggest, "Apa kata sorang kita panggil Hafiz The First, sorang lagi Hafiz The Second". Bwahahaha! Ingat kitorang ni robot ape?! XD Tapi suggestion tu tak diterima pakai pun. Last-last aku dipanggil "Alhafis" dan sorang lagi "Imam".

Then bila naik form 5, cikgu Fizik aku tolong establish nickname yang lebih singkat untuk aku, "Al". Bila sekali cikgu tu panggil aku macamtu, aku & bebudak kelas aku semua rasa panggilan tu 'masuk' dengan aku, so lepas tu terus lekat jadi nick. Ahha.

Masa awal form 4 dulu ada lagi satu nickname: "Comel", nickname yang diberikan oleh seorang abam senior blockmate asrama. - Masa time prep, aku dok sembang ngan kengkawan aku. Abam tu dok usha keadaan aku yang sedang bersembang & sedang gelak-gelak. Pastu abam tu kata aku ni comel. *blush blush... maa shaa Allah, laa quwwata illaa billah*. So dari situ beliau terus namakan aku "Comel".

Lepas tu abam tu jadi rajin datang lepak dorm aku. Ada sehari tu, beliau tengok buku nota aku semua bertulis "Bismillaahirrahmaanirrahiim (jawi)" dekat kulit depan. So beliau tegur, "Dah tulis macamni, pasni takleh langkah dah lah buku-buku ni", beliau tegur dengan nada 'menegur kesalahan', so aku jadi kompius, bingung, heran... Dalam hati: "Kenapa tulis Bismillah pun jadi macam satu kesalahan? Memang aku takda niat nak langkah pun? BUKU kot?". And being a frank guy that I am, aku cakap terus-terang, "Memang takkan langkah pun". Then abam tu sangka aku tak paham maksud beliau, so beliau cuba rephrase, "Yelah. Tapi dah tulis Bismillah ni, lepas ni memang dah takleh langkah terus dah la". Then aku pun cuba rephrase semula, "A'ah. Tapi ni kan buku. Memang saya takda niat nak langkah pun bang. Kalau takda tulis pun memang saya takkan langkah". Then dialog tu berulang beberapa kali sampai nada suara pun makin berubah jadi nada pergaduhan. Hahahah.
Then ada sehari tu, masa aku tengah iron baju dekat bilik pantry, abam tu dan kengkawan beliau dok sembang sesama mereka kat area situ. Aku terdengar perbualan mereka yang dok mengumpat pasal GPK. So aku tegur abam tu, "Tak baik cakap macam tu". Entah, mood abam tu tengah tak elok ke ape, ditambah dengan kes "Buku Bismillah" sebelum tu, kalini abam tu marah aku. Dan sejak tu, beliau terus ubah nickname aku dari "Comel" jadik "Kerek(ter)". Kerek. Ter. Hahaha. Naming-sense beliau sangat comel okeh. Nak panggil aku "Kerek", tapi masih dihias dengan suffix "Ter" dekat belakang supaya jadi "Character". Menyembunyikan bunyi 'Kerek'.

Walaupun sejak tu abam tu dah jadi tak suka kat aku, tapi alhamdulillah takdaklah sampai jadi kes buli. Macam aku cakap awal-awal tadi, sekolah aku ni adalah sekolah baru. Batch abam tu adalah 1st Batch dan Batch aku adalah 2nd. Dari awal-awal lagi Ketua Warden kesayangan kami (Cikgu Zamri) dah prevent kes "Senior buli Junior" molek-molek, so (at least masa zaman aku dulu, for first few months) SMTG memang suci & murni dari kes buli-membuli, alhamdulillah.

Lagipun yang kurang berpuas hati dengan aku adalah abam tu sorang je. Sementara aku masih rapat je lagi dengan semua abam-abam senior lain, seperti Abam Pikachu, Abam Fadhil ('otai' besau AKA ketua AJK surau), Pak Cik, Abam Pa'an, Abam Muzaffar etc. etc. So membuli aku adalah satu mission impossible, alhamdulillah. Heh. Aku citer ni macam abam tu betul-betul ada niat nak buli aku pulak kan. Non non. Abam tu baik okeh. Cuma momentum kemarahan beliau haritu memang tak mutahil kalau terbawak jadi kes buli. Ahha. Dan.... jujurnya beliau memang ada aura gengster. That, I'm not gonna lie. Hahah XD Sowie, bang!

__________________


Mr. Cupid

Cintan-cintun adalah adat budak sekolah menengah. Walaupun masa zaman sekolah agama sebelumnya, 'bercouple' dijadikan satu big deal oleh para ustaz & ustazah (and I suppose they're right in this regard), tapi sejak masuk teknik ni, bila aku dikelilingi oleh kengkawan yang.... masing-masing bercintan-cintun berlovey-dovey as if it's nothing, aku pun mula jadi Aiman Tak Kisah. Pengaruh rakan sebaya barangkali? Walaupun kalau ikutkan peraturan(?), memang cikgu-cikgu sekolah teknik ni pun larang pelajar-pelajarnya bercintun. Tapi masing-masing pelajar took that as 'rule to be broken'.
Actually, I'm not sure if it was officially a 'rule',
tapi yang pasti, masa zaman aku dulu, ada pasangan
yang pernah dimalukan oleh cikgu (as if kena denda),
atas kesalahan 'bercinta'.

Papepun Aku, alhamdulillah, perangai squirrel aku telah memainkan peranan sebagai pendinding yang mematahkan setiap panahan cinta encik cupid yang dilepaskan ke arah aku, so aku takda terlibat dengan sebarang aktiviti cintun... melainkan sebagai Mr. Cupid itu sendiri. Aha. Aku sendiri yang jadi Encik Cupid.... yang memanah panahan cinta, yang menyampaikan risalah-risalah cinta antara pasangan-pasangan couple. Almaklum perangai squirrel. Memang calon terbaiklah untuk jadi encik cupid kan? Waha XD

Antara couple yang 'menjadi' hasil panahan aku adalah:
Jimie & Wawa
... dan anaknya
(2015)

Jimie adalah penghuni seat sebelah aku kat dalam kelas (masa form 4). Dia tahu aku ni jenis bekawan dengan semua orang, so bila dia ada berminat ngan sowang budak pompuan kelas Awam 3 ni (and that's Wawa, obviously), dia mintak aku jadi utusan yang menyampaikan risalah cinta dia.

Then bila dia dapat reply dari Wawa, hahah, aku ingat lagi senyuman gembira dia time tu. Happy bebenor-benor! Dok usap-usap dagu & mulut sendiri menahan kegembiraan.

Walaupun aku tak harapkan apa-apa balasan dari benda tu, tapi sebab Jimie ni seorang yang dutiful, so sejak tu dia jadi extra-baik dengan aku. Masa gi lawatan ke KLIA pun, aku saja-saja gurau mintak dia belanja aku McD. Tapi tanpa diduga, dia betul-betul pi belanja!! Bagi aku time tu, McD adalah satu makanan luxury, so kowang dapat bayangkan betapa gumbiranya daku!! Aku kompom ngan dia bebanyak kali, "Betul ke ni?? Belanja saya?? Betul??" Hahah XD

Oh bee tee doubleU, masa form 4, aku masih gunakan bahasa "saya-awak" dalam perbualan seharian... Sebab masa baru balik dari Jepun dulu, bonda aku ajar macamtu. - Tapi then bila masuk form 5, aku start ubah gaya bahasa aku jadi "aku-ko" macam orang lain gak.. Memang rasa awkward bebenau lah mula-mula! Kawan-kawan aku pun ada yang tease "Waah. Alhafis pun dah pandai guna aku-ko la sekaraaang". Hahahah.

Setahu aku ada sorang lagi.... yang gunakan bahasa saya-awak dalam perbualan sehariannya selain aku. Mawaddah! - Waddah ni kisah hidup beliau agak nak sama dengan aku. Baru balik obersi. Cuma instead of Jepun, beliau dari US. Ayahanda beliau pun satu tempat kerja dengan ayahanda aku. UIA. Fakulti sama. Ofis dekat je. Satu tingkat. Ayahanda aku kenal ayahanda beliau sejak..... rasanya sejak sebelum aku lahir lagi kot? So op coz, aku pun, sejak sebelum masuk SMTG lagi dah kenal Waddah sebagai 'Anak Pak Cik Alias'.

__________________


Bebudak Dorm C7

Dekat asrama, aku lebih rapat dengan bebudak Dorm C7 (dorm sebelah) berbanding bebudak dorm sendiri.

Sebab bagi aku, bebudak C7 tu semuanya teramat superamat tersangat super duper ultra hyper baik! Literally SEMUA!

Semua sopan, bersolat, masing-masing rapat antara satu sama lain, takda yang pancarkan aura gengster, semua suka berjenaka.

Jadi aku rasa SELESA dok dengan diorang. Aku memang suka bebenau-benau atmosphere dorm & budak C7! Hujung-hujung minggu pun salu lepak dorm diorang. Bila Jumaat, gi semayang Jumaat pon dengan diorang.

Bee tee doubleU, bebudak SMTG dulu semua bersembahyang jumaat di Masjid UIA Gombak. So yup, setiap Jumaat, kitorang semua akan berjalan kaki dari sekolah ke Masjid UIA. Dan aku amat menyukai PERJALANAN ke UIA tu! Sebagai seorang penggemar game RPG 90an, aku amat mencintai atmosphere dunia ala... ala kingdom? Ala kingdom! Ahha! Bagi aku, UIA tu adalah sebuah castle! So bagi aku, perjalanan semayang Jumaat aku menuju UIA tu adalah bagai "kembara utusan Kingdom of SMTG menuju Kingdom of UIA". Arrggghhhh~~~. Urrrgghhh~~~ Sooo RPG! <3 "Perjalanan" tu [in and of itself] pon aku dah cukup enjoy, pastu ditambah lagi dengan company bebudak C7. Now imagine betapa heavennya moment ituh! Maa shaa Allah, maa shaa Allah~
Kingdom of UIA

Aku pernah karang pasal "UIA = castle" ni dekat journal English aku, pastu teacher aku comment: "You're so romantic!" Hahahah. I am, madam! :D

Btw, dunia RPG 90an yang aku maksudkan adalah lebih kurang gini:
Walaupun ni not exactly 90an (2004), tapi lebih kurang gini lah.
Atau kalau nak bagi contoh lain, mungkin
ala dunia Shrek... tak pun Barbie. Hahah.

__________________


Arghhhh. Ada banyak lagi kenangan manis yang boleh dikongsi sebenarnya... Pasal Hari Koperasi, pasal lukisan aku, pasal junior-junior, pasal tennis, pasal kena denda beramai-ramai memalam, pasal rancangan radio Jepun kat THR, pasal choir, pasal bebudak kelas 5Awam1, pasal besties (Kamal & Idris), pasal prep, pasal subjek favorite, pasal trend lagu, pasal 'akak angkat', pasal hobi hip-hop dance aku, pasal cikgu-cikgu kesayangan, pasal weekend kat asrama, pasal rumor ada budak summon jin memalam guna lilin & trump, pasal sekor tikus yang kena kejar dengan 50+ manusia/pelajar, pasal surau & tazkirah paginya yang membuat setiap pelajar asrama hapal terjemahan alfatihah... etcetera etcetera. Tapi cukup la sekadar tu ye anak-anak. Pacik dah tak larat menaip. Ahha.

Dan tak dinafikan, walaupun zaman SMTG tu, bagi aku adalah zaman kehidupan heaven, tapi op coz hakikatnya, tak kurang jugak kenangan-kenangan pahit yang... you know.. Tapi dalam entry ni aku sengaja pilih yang manis-manis je untuk dikenang, so sebab tu nampak macam kehidupan aku tu bebas dari trials & tribulations. So kowang tak perlu jealous okeh. Kowang pun mesti ada kenangan manis & pahit tersendiri, kan? :D So again, I seek Allah's refuge from people's jealousy.

Dengan itu sekian, wassalaam!
Seat bebudak 5 Awam 1 - 2003
...yang aku lakar berdasarkan ingatan 10 tahun selepas graduate (2013).
Ada 2 orang yang aku tak ingat! Uhuk. Sowie.

P/S: Sekali lagi diingatkan, ni adalah dunia
SMTG mengikut memori aku.
So jangan pecaya sangat semua gambau okeh XD

P/P/S: Last-last sesi penceritaan tak ikut
gak kronologi. Hahah.

0 comments:

Post a Comment