Thursday, June 18, 2015

Reminiscing My UTMKL Days

Salaam. Bismillah.

Pertama sekali, pada 2 hari lepas, saya telah berjaya meningkatkan umur diri menjadi 29. Tahniah! Mashallah, alhamdulillah.
- Aku rasa macam tua sangat dah diri ni,
tapi rupanya masih 20-an! Waaah.

....................................................

Dah lama tak merapu sesaje dekat blog (almost a year!), so ada rasa kekok sikit ni. Bahasa pun antara pasar dengan skema je kan. Paskema.

Anyways.

Tahun ni aku rasa aku teramatlah antisocial. Hahah. - Bukan tak bersosial langsung; cuma sosial aku tahun ni, aku rasa, teramatlah tidak mesra alam. Tak ada 'enthusiasm' dalam bersosial. Kering. Bila layan orang pun, nampak macam 'cincai' je kan layanan?
- Atau....... atau..... adakah aku semakin 'normal'
je sebenarnya? Adakah [aku selama ni] yang
terlampau mesra alam? Hahahah. Entah.

Apa-apapun, kalau ada di antara kalian yang terkecil hati dengan kecincaian layanan saya sepanjang tahun ini, saya ingin memintak maap. *Hah! Mula dah hobi aku! Hobi apologizing! Hahah XD*

Yang aku ada berinteraksi tahun ni: Ririness, Iraness, Abe Sherriness, Yepyepness, Kak Sathness, Wanoness, Kak Yanness, dan Pa'anness. So permintaan maaf ni kira ditujukan kepada korang lah ek: Sorriness!! :D

Oh dan! Mungkin Puan Cikiloloness, Nananess, Nazipness serta Yong Rapidahness sekali................ Sorriness!

Oh dan! Mungkin Ustaz Hasrizalness dan Zaakirness sekali. Sorriness!

_______________________________________________


Dalam-dalam antisocial-nya aku tahun ni pun, dalam hati tetap ada taman ok.... Arrrr... aku tak tau penggunaan 'ada hati dalam taman' kat situ betul ke tak. Aku tak berapa paham penggunaan istilah tu sebenarnya. Hahah. Apapun... Maksud aku, aku salu ingat je dekat korang-korang.

Selalu terkenang je sweet memories ngan kowang zaman SMTG, UTMKL, UTM Skudai dulu. Pastu tesenyum, kadang tegelak sensorang :)

So harini aku nak kongsi apa yang aku reminisce tentang kehidupan zaman UTMKL tuh.

[Btw, siriyusly aku rasa kekok nak menaip harini.
Sebab lately bahasa-default monolog aku
adalah Bahasa Jepun, so aku karang entry
ni adalah sambil menterjemah monolog sendiri,
so my Malay / English may sound weird,
but do bear with it okeh. Ahha.]

________________________________________________
Emmmmmmm.... Nak mula cerita dari mana ek....

Teeeettt, Sebenarnya sebelum ni aku dah taip mengenai "kenapa aku pilih UTMKL", dan "keadaan aku pada hari pendaftaran", tapi lepas tu aku rasa macam bab tu boleh undang salah faham orang pulak, so aku delete balik. Makanya penceritaan aku lepas ni akan bermula secara tiba-tiba tanpa muqaddimah, tapi gasaklah ye :').... Aku dah macam tak rajin nak fikir muqaddimah baru, sebab......... again, sesungguhnya daku kini terasa sungguh terseksa menaip ayat satu demi satu... Dok susun perkataan satu satu.... Slow! Kekok! Ayat dah lah tonggang-langgang!

Anyways. Mari mulakan penceritaan.
Dekat Kolej Ke-2, Jalan Redang. Bawah blok B.

Minggu orientasi. Ramai manusia. Budak tahun 1 semua beratur panjang menunggu bas untuk ke Kampus Jalan Semarak....

Sementara tunggu bas tu, mata aku dok roaming.... Mengusha manusia, kot-kotlah ada kenalan sekolah dulu yang turut masuk sini ke, kan?

Bila lama tekun mengusha tu, WALAAAA!! WEISS!! Aku terjumpa kelibat bestpren aku masa Form 5!! Mr. Kamal Efendi!! Sungguh daku telah menerkejuti diri sendiri! Hati mula menggirang: "Warghhh!! Kamallll!!! :D Ko pon masuk sini gak upenye!!!". So aku gi hampiri beliau.

Tapi bila usha dari dekat, "Oopsie doopsie! Kurusie sedikitie dari Kamalie! Me the tersilapie orangie!".

Sungguh daku telah menyalahi orang! (tesalah orang)

Hukhuk.... *sedikit kecewa*

Tapi oleh kerana beza beliau dengan Kamal hanyalah pada tahap kekurusan... sementara facial features lain boleh kata sebijik serta sebijon, so aku tak rasa macam beliau tu stranger pon. Dok rasa macam best friend je dah. So dengan selambanya aku gi cucuk perut beliau dari belakang.

*Pokes*

He goes, "Eh. Ow. Ingatkan sapa". *dengan nada cool*

I was like, "Hah?? Ko kenal aku ke?!"

Hahahaha XD. Aku pulak yang terkezut padahal aku yang buat serangan mengezut!

Then aku duduk sebelah dia, mula sembang tentang result SPM etc., bertukar nombor phone, dan terus jadi rapat, alhamdulillah.

'Jenal' nama beliau. Seorang budak yang sangat sopan, baik, serta mesra alam.

____________________________________________


Sama jugak kes masa aku pertama kali masuk kelas Kokurikulum!

Ada sorang budak perempuan ni, rupa dia sebijik macam classmate aku masa zaman Form 3.... Dalila! So aku gi hampiri dia, dan.... try senyum. But from her response [yang balas senyuman secara shy shy cat], I could tell that she doesn't recognize me, so aku pon paham je lah "Oh. Aku salah orang lagi". So aku interview dia macam-macam "Nama siapa" "Sebelum ni sekolah mana" etc.

Then dia jawab, nama dia "Amy", sekolah kat Johor, etc.
Bila dia jawab sekolah kat Johor tu aku macam kurang berpuas hati, so aku tanya lagi, "sebelum dok Johor, pernah tak dok Sungai Buloh?" - Sebab aku 100% yakin: mesti Amy ni ada kaitan dengan classmate aku zaman Form 3 (Dalila). Rupa sebijik! Kalau bukan kembar, mesti adik-beradik. Kalau bukan adik-beradik, mesti sepupu ke apa ke. So aku dok jugak korek, nak kaitkan antara diorang. Tapi last-last bila dah habis korek, memang nyatalah bahawa mereka berdua langsung tiada blood relationship..... mahupun apa-apa relationship. Uhuk. Melainkan sama-sama keturunan Nabi Adam AS dan Hawa.

_________________________________________________

~Me No Likey Formal Ta'ruf~

Then peristiwa masa kelas Kenegaraan Malaysia. Lecturer kitorang mintak kitorang perkenalkan diri dekat depan kelas.

Antara soalan yang perlu kitorang jawab adalah: Nama, Asal Mana, Parents Kerja Apa, dan Result SPM.

Soalan 'asal mana' tu telah mengundang dilema besar aku. Aku tak berapa nak reti jawab soalan tu. Lama jugak dok fikir (sebelum keluar gi depan) : "Kenapa orang selalu berminat nak tau kita asal dari mana sebenarnya ek? Bukan diorang nak datang visit rumah kita pon. Tanya saja-saja ke? Apa motif dia sebenarnya? Jawapan macamana yang dikira betul? ~Asal mana~ tu merujuk kepada tempat kita lahir ke, atau tempat kita membesar ke, atau tempat kita sedang menetap, sebenarnya? Aku nak jawab aku berasal dari Sungai Buloh ke nanti? Tapi orang lain tahu ke Sungai Buloh tu dekat mana? Baik aku jawab asal dari Selangor je kot? Tapi Selangor kan jiran je dengan KL ni. Bahkan KL berada dalam Selangor je. Jadi rasa macam poyo benar pulak kalau nak jawab ~Saya berasal dari Selangor~. Hargh... Kalau berasal dari Johor ke Penang ke sedap jugak bunyi. Ada konotasi "Saya datang dari negeri jauh". Tapi kalau Selangor??? Hargh..... Poyo benar. Habis tu aku nak jawab macamana ni?" dan dilema berterusan.

Last-last bila keluar gi depan, aku jawab "Saya dikandungkan di Glasgow, dilahirkan di Kelantan, membesar di Jepun, dan kini menetap di Sungai Buloh". Baaaammm!!! Hahaha.

Lecturer kitorang, Encik Rasheed amat terpesona(?) dengan jawapan tu. Dan entah kenapa, dari banyak-banyak nama tempat yang aku sebut, "Jepun" tu jugak yang sangkut dalam kepala beliau. So beliau mula interview aku tentang kehidupan dekat Jepun.

Pastu beliau establish(?) nickname "Apis Jepun" untuk aku. Hahah. Aku amat tidak gemar akan nickname ituh!!! Especially bila disebut oleh Encik Rasheed. Beliau akan panjangkan sebutan Jepuun tu. Seolah-olah memperli aku! XD Sungguh tidak sedap bunyinya!! *terbayang-bayang 'askar Jepun' yang keding*.... Kalau ubah jadi "Apis Japan" ke kan glamour sikit bunyik!! Barulah terbayang budaya J-Pop, J-Drama segala tu (for same reason, it does for me XD).

Tapi alhamdulillah, nickname "Apis Jepun" tu melekat di kalangan bebudak kelas sebelah je (Seksyen 39). Bebudak kelas aku (Seksyen 38), lebih lekat panggilan "Apis-kun". Tsumma alhamdulillah :'D

[Sidenote: Sekarang aku dah tau apa motif orang tanya soalan ~kita asal dari mana~ tu. Sebab psychology manusia berubah-ubah ikut latar 'homeland' memasing, kan? So 'itu' adalah cara paling mudah untuk kita 'andaikan' perangai seseorang kan? Kan? Ahha :D And btw: Tahun 2008, bila aku dah masuk UTM Skudai, aku pernah karang satu entry khas dekat blog, "Kini Aku Sudah Boleh Jawab Dengan Penuh Keyakinan". Dan isi entry tu adalah 2 baris berikut:

"X: Asal Mana?
Me: Sungai Buloh."

Looooool!! Konon nak menunjukkan trauma(?) dah pulih lah tu ye. Hahah XD]

Soalan-soalan ambiguous ni memang selalu undang dilema aku. Ada sekali tu, dalam kelas Encik Rasheed (again!), sambil-sambil beliau mengajar subjek Kenegaraan, beliau pernah ter-lalut sampai pi tanya aku,
"Apis Jepun. Awak dok kolej kedua kan?"
Me: "A'ah".
Encik Rasheed: "Bila balik rumah awak naik apa?".
Me: "Dari kolej, saya naik bas sampai stesen LRT, lepas tu naik LRT sampai KL Sentral, lepas tu tukar naik komuter sampai Sungai Buloh, lepas tu naik teksi sampai rumah"... - Ambiiik. Hahahaha XD.

*masa tu aku jawab dengan penuh innocent, but now I know how silly that answer was!*

Then Encik Rasheed terdiam kejap. Pastu beliau tanya, "Kiranya awak balik naik tren lah ek?".
Me (tanya dekat orang sebelah): "Tren tu apa dah?".
Encik Rasheed (he heard me, so he answered): "Keretapi lah!!!".
Me: "Owwww! Train! A'ah! Train pon ada naik jugak. Tapi ada jugak naik bas dengan teksi".

Lepas tu Encik Rasheed tarik nafas dedalam, cuba tenangkan diri seraya ujar "Takpa. Orang Jepun memang jawab macamtu".

Hahahahaha! Habis gelak bebudak kelas. Sekali lagi, secara tak langsung beliau kenakan aku!! XD

Encik Rasheed tu memang lawak orangnya. Walaupun aku belajar dengan beliau 1 sem je, tapi banyak pengaruh & kenangan yang aku dapat dari beliau.

Habit beliau suka sebut "bola" jadi "bole", "waja" jadi "waje", "anda" jadi "ande", semua jangkit dekat aku.

Habit beliau suka sebut "tuan-tuan dan puan-puan" (in random situation) pun jangkit.

Habit beliau suka sebut "tak gune" pun jangkit. Cara beliau sebut phrase tu membuat ia jadi lawak. "Taggunee". - Intonasi dia unik, tapi kat sini aku tak dapat ungkapkannya dengan teks, so....ahha.

Yang lawak "sayur-sayuran, buah-buahan, dan ikan-ikanan" tu pun aku belajar dari beliau XD

Beliau amat kerap melawak sampaikan nama beliau dah jadi sinonim dengan kelawakan. Merely mentioning his name boleh undang tawa seseorang. - Ada sekali tu aku dok pening kepala dalam kelas beliau. Habis kelas, (macam biasa) aku gi foodcourt ngan geng aku. Dalam perjalanan ke foodcourt, kitorang main interview-interview.

Me: Saya sedang pening ni sebenarnya. Sejak dari dalam kelas tadi lagi. Tapi saya tahan!
Nazip: Bagaimanakah saudara bertahan? Apakah kaedah yang telah saudara gunakan? Apakah rahsianya?
Me: Oh, barangkali dengan mendengar lawak daripada Encik Rasheed Kutty.

Perbualan kami tu didengari oleh 2 budak perempuan random (aku tak kenal) yang sedang berjalan di belakang kami. Diorang gelak wes bila dengar conversation merapu kitorang tu. Hahah XD Malu daku! Aku rasa diorang kenal Encik Rasheed Kutty, sebab tu diorang gelak.

__________________________________________________


Oklah. Itu je dulu buat hari ni. Banyak lagi benda yang aku dok reminisce sebenarnya. Sejak buat freelance dekat rumah & tak jumpa manusia ni, kenang-kenangan riang ria zaman muda-mudi macamtu lah yang selalu aku dok replay dalam kepala bebanyak kali. *sebab tu aku rasa macam aku ni dah tua bebenau!*. Hahah XD Ala-ala atok dalam animasi ni:
Dengan itu sekian. Wassalaam.

2 comments:

Alyani Nazirah said...

Apis senpaii, tanjoubi omedetou~. May Allah bless u always.

Have a great day and life! Ingat, semakin meningkat umur kita, makin dekat kita dengan kematian. Moga dengan meningkatnya umur, makin meningkat amalan.

Even wish da lambat beberapa hari. Lol.

Btw, the short movie tho :( I love the instrumental piano in it. Yayy.

Muhammad Al-Hafidz said...

Waaaaaah, arigatou Iraness! Allahumma Ameen! Thanks for all that beautiful well thought out du'as!

Aha, sedih kan short movie tu? :'D Ada satu lagi klip yang similar, tapi even better (in my opinion) : https://www.youtube.com/watch?v=OeMqGshxmho

I'm sure you'll love this one too!

Btw, I love that new nickname "Apis senpai", loool. Teruskan panggilan itu ok! XD

Post a Comment