Sunday, September 13, 2015

Buat Yang Datang Mencari Aku

Salaam.

Buat kawan-kawan lama aku, terutama kawan-kawan UTMKL. Kalau korang ada datang cari aku, pertama sekali, thank you. Dan kedua, how are you.

Ketiga, korang pun semua dekat 30 dah. Aku pun alhamdulillah, dari segi pemikiran dan emosi, ada kemajuan. Sekurang-kurangnya dah tak emo macam dulu, alhamdulillah. Boleh kata dah matang lah jugak. So kalau aku cakap benda yang aku akan cakap ni, aku rasa korang pun dapat faham je. Won't deem it 'bizarre'. Sebab kita, insha Allah, sama-sama dah matang, kan?

So.

Aku 'tak berhubung' (atau dalam BI: "not being connected" dan bukannya "don't contact" - i.e. Takda korang dalam frenlist & tak follow korang - i.e. Tak menghubungkan diri dengan korang) dekat Facebook @ Twitter, adalah kerana aku rasa 'environment' yang aku idamkan, tidak sama dengan 'environment' yang sedang korang 'diami' sekarang. Maksud aku, persekitaran Facebook & persekitaran Twitter tu lah.

Kita semua tahu, antara budaya masyarakat kita orang Malaysia adalah... suka merungut. As if merungut tu adalah hobi sampingan kita; and some even have it as their ONLY hobby *innaa lillah.* So even dekat FB & Tweety bird sekalipun, itulah jugak yang kita dok buat. Merungut, merungut, dan merungut.

And then antara habit sesetengah kita pulak, suka share bahan perkongsian yang....emmm... yang bersifat pseudo-intellectual & sensation-seeking & suka menkondem orang.. (and sometimes they even sound religious. so ia memancarkan sinar aura palsu "aku sedang berdakwah wahai kawan-kawan!". padahal hakikatnya ....emmm... let's just say it's too cetek to be dakwah, like this one: [THIS ONE])

And then ada sesetengah kita pulak suka bercakap mengenai politik dan ekonomi seolah-olah kitalah expert, mengalahkan actual politicians and economists. And worse, lazimkan kata-kata kesat dan sarcasm dalam mengkritik orang yang punya pandangan berbeza.

The list can go on and on. But you get my point.

How negative! Kalau korang dapat stay positive dalam persekitaran macam tu, good for you. Tapi AKU, aku tak boleh. Aku ni jenis yang terlalu mudah terpengaruh dengan persekitaran. So now you guys can connect the dots. Sebab tu aku jauhkan diri dari persekitaran tu.

Persekitaran yang aku idamkan adalah persekitaran yang lebih positif dan lebih akademik (by academic, I mean: info-info yang dikongsikan bersifat authentic + tidak emosi). Persekitaran yang aku idamkan adalah persekitaran yang matang dan tenang even bila ada 2 orang berbeza pendapat. Persekitaran yang bebas dari sarcasm dan budaya perbodohkan orang lain, even dalam 'mempromosi' kebaikan. Aku tak gemar tengok orang yang promote kebaikan dengan cara perbodohkan orang lain (like, promote pemakaian tudung dengan cara perbodohkan orang yang tak pakai tudung; promote amalan baca quran dengan cara perlekehkan orang yang tak baca / jarang baca quran). Persekitaran yang aku idamkan adalah persekitaran yang setiap individu berlumba-lumba, bersaing melakukan kebajikan dan berebut mendapatkan pahala. Persekitaran yang penuh dengan compassion & love. Persekitaran yang setiap individu sopan dan beradab.

Dan... alhamdulillah Allah SWT telahpun temukan aku dengan environment macam tu pada 2 tahun lepas. (btw, sebab tu aku terus ghaib dari pandangan mata korang sejak 2 tahun lepas).

Apa yang aku nak sampaikan melalui entry ni adalah: Aku jauhkan diri 'dari korang' tu bukanlah kerana aku bencikan korang. Dan hakikatnya aku sebenarnya nak jauhkan diri 'dari persekitaran korang' dan bukannya 'dari korang'.

Dan aku cari persekitaran baru tu adalah kerana, as I said before, aku ni mudah terpengaruh. So aku NAK TERPENGARUH dengan environment yang positif. Sebab tu aku berpindah ke environment IDAMAN.

So..... tu je yang aku nak cakap. Thank you sudi baca sampai habis. Wassalaam :)

Ps: You guys do know that the term 'unfriend' that's used on Facebook is kind of problematic right? As if Facebook is the only means that human beings can use to bond with their friends. As if bila kita nak berpisah dari seseorang di alam Facebook (atas faktor tertentu), kita kena declare bahawa "korang ni bukan lagi kawan aku" (coz you see, we're UNfriending people). As if friendship can never exist without Facebook's 'friend'-ship.

Pps: I do miss chatting with you guys.

Ppps: Korang semua pernah dengar kisah taubat pembunuh 100 nyawa, kan? Hadith. And in that hadith, what did that scholar asked that 'pembunuh' to do? Dia suruh pembunuh tu 'berpindah ke tempat baru', ke persekitaran baru, kan? Guess why. :)