Tuesday, November 17, 2015

Life Lessons I Learned From My Friends

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Lessons I learned from Pa'an:
  1. Jangan terlalu percaya assumption sendiri. Just know that sangkaan buruk kita biasanya salah, sementara sangkaan baik biasanya betul.
  2. Punca pergaduhan biasanya terletak pada miscommunication. So to reconcile after a fight, always make it a habit to do your part of clarifying. Let A learn B's *behind the scenes* scenarios, and B learn A's. Barulah boleh wujud toleransi. In sha Allah this always work, unless A atau B memilih untuk vilify pihak lawan dan memilih untuk buat dunno kerana kononnya "nak clarify apa lagi? dah memang jelas salah dia!" and then sengaja melarikan diri dari gelanggang reconciliation dan sengaja shut off medium berkomunikasi.
  3. Jangan belajar agama untuk portray diri sebagai angel dan mereka yang kita benci sebagai demon. [ie Semua ayat al-Qur'an yang menerangkan ciri orang beriman, kita attribute kepada diri (eg instead of humbly making du'as like "Allahummaj'alnii minhum, O Allah, make me among these people", we arrogantly assert "I am this guy that Allah is talking about!") kemudian semua ayat yang menerangkan ciri orang munafiq dan kafir, kita attribute kepada mereka yang kita benci (eg by saying "I can think of Fulan and Fulanah from this ayah!")] DON'T do that. Jadikanlah ayat ciri orang kafir, munafiq dan ahli neraka sebagai instrumen pemuhasabah, "do I have these traits?", "Allahumma laa taj'alnii minhum, O Allah, don't make me among these people."
  4. Tak semua orang boleh memahami kita, termasuk mereka yang kita sayangi. Tak semua orang boleh memahami kita, terutama mereka yang punya polar-opposite-personality dari kita. Personaliti manusia memang beragam, so learn to embrace that diversity. Belajarlah untuk bertoleransi. Jadilah seperti Abu Bakar RA yang terima nature 'kasar' Umar RA, dan Umar RA yang terima nature 'lemah-lembut' Abu Bakar RA. They were bestfriends despite having personaliti yang berlawanan kutub.
  5. Sometimes it is healthy to exercise the 'whatever' attitude. Terutama terhadap bisikan jahat hati sendiri dan terhadap kutukan mereka yang tidak mahu berdialog.
  6. Friendship boleh berterusan tanpa Friend-ship Facebook
  7. Narcissism will make even good looking people look ugly.
  8. Allah SWT lah yang mengatur dan mentadbir segala urusan alam. Bukan kita. So when things don't go our way, belajarlah untuk redha. Janganlah komplen, dan tak perlu salahkan siapa-siapa. Take comfort in believing that 'ada hikmah di sebalik setiap dugaan/kejadian'. [if you're being oppressed, of course that's a whole different story. Redhalah dengan taqdir Allah; tapi jangan pula redha dengan status quo - i.e. of course you have to do something]
  9. Jangan main chess guna hati dan psychology orang. Logik dunia sebenar kita tak beroperasi seperti logik dunia fiction. Dunia kita ditadbir oleh Allah Yang Maha Adil. So ittaqullah. Remember that HE can turn your tables anytime.
  10. Forgetfulness, in a way, is a blessing.
  11. Jangan guna logik cliche drama untuk lihat dunia sebenar (orang hot - baik. orang ugly - jahat). Di zaman yang terlalu rupa-paras-centric ni, biasanya realitinya adalah sebaliknya. Yang hot/hensem/cantik, oleh kerana terlalu di-spoil oleh para peminat mereka di media sosial (or even in real life), perangai mereka biasanya.....you know. Apapun, may Allah protect us from such trials. Dan semoga mereka lulus dalam ujian mereka dan kembali kepada Allah.

Lessons I learned from Ustaz Hasrizal:
  1. Choose your friends wisely. Berkawanlah dengan mereka yang lebih pandai dan lebih tua dari kita - dapat membantu kita menjadi lebih matang dan lebih tawaduk.
  2. Don't base your religion on just any khabar angin. Aqidah dan fahaman fiqh perlu berdalil.
  3. Pemahaman agama mengikut manhaj Salaf atau Khalaf, mana-mana pun in sha Allah diredhai Allah. Jadi tak perlu gaduh-gaduh.
  4. Being gay or lesbian in and of itself is not a sin. Yang berdosa adalah aktiviti homoseks. Jadi asalkan individu gay atau lesbian itu berusaha melawan naluri 'luar tabie' mereka & berusaha menjauhi hubungan homoseks, let them be. Tak perlu benci mereka.

Lessons I learned from Nana:
  1. Inconvenience is adventure misinterpreted.
  2. Syaitan boleh bisik dekat hati kita, tapi tak boleh dengar bisik hati kita. Jadi bagi mengelak dari dia tahu apa yang sedang kita fikir, banyakkanlah berdiam. Esp. kalau setakat nak merungut merengek, baik lagi berdiam. Jangan biar dia ambil kesempatan dari rungutan kita. Dekat blog pun, jangan nak kongsi segala rahsia. Learn to keep some things secret & private, only between you and Allah. 'Berahsia' tak sama dengan 'Hypocrisy', so don't worry.
- Believe you me, knowing this has made my life
much more bahagia, since 2014. Alhamdulillah.

Lessons I learned from Naz:
  1. Pencapaian akademik bukanlah cerminan sebenar kepandaian seseorang. Especially in this day and age.

Lessons I learned from Nazif:
  1. Kita bukan Allah. Jadi bila nak tegur silap orang, tegurlah sebagai seorang manusia. Tegurlah dengan cara seorang fellow manusia menegur rakan semanusia.

Lessons I learned from Brother Nouman Ali Khan:
  1. Takbur adalah antara sifat yang paling dibenci Allah. Jika terdapat walau sebesar zarah sekalipun dalam hati, kita akan dihalang dari memasuki Syurga (berdasarkan Hadith Sahih Muslim). Jadi jangan ingat bila kita lebih pandai & lebih alim & lebih baik & lebih banyak amal daripada orang, kita akan gerenti dapat masuk Syurga. Mentaliti "aku jauh lebih baik daripada dia (so I don't have to listen to whatever he has to say)", i.e. mentaliti 'holier than thou' adalah satu cabang dari sifat kibr. So always keep your ego / pride in check.
  2. Jangan lupa contextualization semasa membaca terjemahan al-Qur'an. Dan bagaimana mungkin dapat kita lakukan contextualization, melainkan dengan mempelajari Seerah. Jadi pelajarilah Seerah.
  3. Kalau nak appreciate kehebatan mukjizat al-Qur'an, kita kenalah belajar Bahasa Arab al-Qur'an (Quranic Arabic).

Lessons I learned from Imam Anwar al-Awlaqi:
  1. Belajar al-Qur'an dan Hadith secara sendirian tak salah, asal dibaca untuk 'seek guidance' dan bukan untuk jadi self-taught sheikh. Jadi hukum dan fatwa, jangan derive melalui pembacaan sendiri. Hukum dan fatwa, kenalah rujuk ulama.
  2. Among BANYAK lagi benda-benda bermanfaat lain. Anda boleh download & layan lecture beliau sendiri; dari [SINI].

Lessons I learned from Sh. Yasir Qadhi:
  1. Doa tak semestinya dikabulkan dalam bentuk yang kita minta/hajati. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. So trust Allah's wisdom. Bila seseorang hamba mengangkat tangan untuk berdoa, Allah Sangat Malu membiarkannya turun kembali tanpa diberikan apa-apa. The LEAST that HE will give is "forgiveness" [Hadith]. So bila kita berdoa, kita akan dapat samada (1) apa yang kita minta, atau (2) apa yang lebih baik dari apa yang kita minta, atau (3) keampunan. Never less than that. Subhaanallah.
  2. Any calamity that brings you closer to Allah is actually a blessing-in-disguise!
  3. Worried that Allah is not happy with you? "Giving charity extinguishes the wrath of Allah" [Hadith].
  4. Belajarlah menghormati antara sesama manusia, sesama Muslim, antara Muslim dan Non-Muslim, antara Sufi dan Salafi, antara Sunni dan Syiah. Hanya kerana tak setuju dengan pegangan aqidah/fiqh seseorang, tak bermakna kita kena dehumanize mereka. Tak setuju bab aqidah/fiqh adalah seperkara, menghormati seseorang sebagai manusia adalah seperkara lain. Tak perlu gaduh-gaduh. Sebenci-benci kita kepada aqidah Syiah sekalipun, bila mereka (Mehdi Hasan for example) pertahankan Islam against Islamophobic Christians, beria kita bersorak menyokong hujah individu Syiah tu, ye tak? Sebenci-benci kita kepada aqidah Christian sekalipun (or even Yahudi), bila mereka berdebat menegakkan hujah kewujudan Tuhan against Atheists, beria kita sokong hujah individu Kristian (or even Yahudi) tu, ye tak? Sebenci-benci kita kepada aqidah dan keangkuhan Atheist sekalipun….so on and so forth.
  5. Hormatilah profession dan expertise orang. Belajarlah untuk tidak buka mulut dalam hal yang bukan bidang kita. Atau belajarlah untuk belajar daripada mereka yang ahli, sebelum kita buka mulut.
  6. Biasanya bila gaduh, kita dengan pihak lawan kita sebenarnya sama-sama memperdebatkan opinion yang sama-sama betul. Titik perselisihan terletak pada soal perbezaan perspektif.
  7. Among BANYAK lagi benda-benda bermanfaat lain. Anda boleh dengar lecture beliau sendiri; dari [SINI].

Lessons I learned from Mufti Ismail Menk & Dr. Bilal Philips:
  1. If you wanna live a positive life, beroptimistiklah terhadap Allah SWT.
  2. A lot of problems in this world would disappear if we talked to each other instead of talking about each other.
  3. Make excuse for people like you make excuse for yourself. "Dia belum balas mesej mungkin sebab tengah busy". "Dia lambat sampai mungkin sebab jalan jam teruk". "Dia pecut mungkin sebab tengah sakit perut". And if you can't think of any excuse for them, just assume that they have one that you're unaware of.

Lessons I learned from Ustaz Shuib Saimin:
  1. Malam-malam, selepas tahajjud, bersembanglah dengan Allah SWT. Jadikanlah Allah SWT sebagai tempat mengadu dan berkongsi kegembiraan.

Lessons I learned from Yong:
  1. Setiap orang ada ujian tersendiri. Tak perlu dibanding-bandingkan ujian kita dengan orang. Dan jangan sekali-kali trivialize/perlekeh ujian orang. Eg. by saying "Yang ko dok whine setiap hari kata lonely bagai ni macam la family ko semua dah takde. Ko tu mengada je lebih sebenarnya tahu tak? Minggu lepas ayah aku meninggal, ada ko ucap takziah?"
  2. Janganlah semua individu saleh menyembunyikan amal kebaikan masing-masing atas nama mengelak riya', sampaikan kebaikan langsung lesap dari lahir norma masyarakat. Elak riya' sememangnya terpuji di peringkat individu, tapi fikirkanlah implikasinya di peringkat masyarakat. Jangan sampai amal kebaikan menjadi suatu keasingan sedang kemaksiatan pula menjadi suatu kebiasaan. [Pos gambar "Done tarawih" itu dikira riya'? What if her intention was to inspire her friends? - So again, fikirkanlah implikasinya di peringkat sosial.]

Lessons I learned from Brother Hamza Tzortzis:
  1. Our judgments about other people say less about who they are, and more about who we are. Eg. Kalau kita suka tegur kesalahan orang dengan gaya sarkastik & berbisa, kita sebenarnya sedang mendedahkan kepada orang ramai bahawa "aku ni memang suka sakitkan hati orang!", "aku ni memang jenis tak reti cakap elok-elok!", "aku ni memang takabbur!", "aku ni memang suka tunjuk pandai!" etc. [Note: of course being sarcastic with your friends is a different thing].

Lessons I learned from Dr. Tariq Ramadan:
  1. The more you look into and understand yourself, the less judgmental you become towards others.
  2. When you see a brother sin, be a private educator, not a public tribunal.
  3. The most valuable asset is not a head full of knowledge. But a heart full of love, with an ear ready to listen, and a hand willing to help.
  4. The intellectual capacity to understand does not always offer the emotional strength to stand.

Lessons I learned from Imam Omar Suleiman:
  1. Perbanyakkanlah sujud syukur. Tak payah pun. Bila timbul rasa syukur, sebelum kongsi kegembiraan tu dengan siapa-siapa, terus fall-prostrate kepada Allah, mengadap kiblat (atau kalau tak tau kiblat, ke arah mana pun), kemudian baca bacaan sujud seperti dalam solat-solat biasa. Done. Atau kalau nak tambah personal note sendiri, "alhamdulillah" ke "terima kasih Ya Allah" ke, tambahlah.

Lessons I learned from Sh. Navaid Aziz:
  1. Confidence is silent. Insecurities are loud.

Lessons I learned from Ustaz Syarqawi:
  1. Sejahil-jahil kita tentang Hadith sekalipun, kenalah tahu bahawa 2 sumber rujukan hadith sahih utama bagi kita sunni adalah: sahih Bukhari dan Muslim. Jadi hafallah dua nama ni: BUKHARI dan MUSLIM.
[I learned this when I was 13 btw]




Dengan itu sekian. Semoga bermanfaat :) Wassalaam.