Tuesday, December 29, 2015

Melawat Syurga Selama 3 Jam


PART 1 [DOWNLOAD]
PART 2 [DOWNLOAD]
PART 3 [DOWNLOAD]

— Lecture disampaikan oleh Imam Anwar Al-Awlaki.

Sunday, December 13, 2015

That's My Brother!

Copy-pasted from my brother's Facebook (perkongsian Julai lalu):

-Begin Quote-

[TRAGEDI SAHUR]

Pagi tadi saya dan zaujah meng'up'kan selera mengada-ngada untuk bersahur di Encik Kepci di pantai terkemuka Kuantan, Teluk Chempedak.

Seperti biasa sama ada Ramadhan atau tidak, TC dipenuhi golongan pelbagai usia majoritasnya anak muda, malah ramai juga pelajar-pelajar sekolah (without parents)...

Selesai sahur, berdating ambil angin pantai sekitar 5.40 pagi (dah masuk subuh), ternampak sekumpulan anak muda masih sedang 'bersahur' maggi cup & rokok elektronik. Ada lelaki, ada perempuan.

On the way lalu kali ke-2, jam 6 pagi, mereka masih lagi 'bersahur'. Saya dan zaujah dalam senyuman memberitahu, "Dik...Dah subuh dah"
Seorang adik lelaki jawab, "Eh, ye ke kak. Dah ni yang tengah makan ni macamana?"

Kami jawab, "Habiskan yang dalam mulut tu je :D"

"Eh, bbazzir la nanti", jawab adik tu gelak-gelak dan kawan-kawan yang lain hanya senyum.
Kami pun berlalu. Tegur sekadar mungkin mereka tidak perasan waktu subuh sudah masuk. Mungkin tak seorang pun antara mereka memakai jam.

Dan sekiranya mereka tahu sekalipun, mungkin pemahaman & pendidikan mereka tidak sama dengan sebahagian kita yang, alhamdulillah, menerima pendidikan agama yang baik daripada keluarga & guru.

Kami tidak ada rasa jijik & geli dengan golongan adik-adik tadi..kerana yang bermain dalam fikiran hanyalah...

"Adakah dakwah yang kita semua sama-sama sampaikan (semua jemaah, semua golongan) sentiasa canang & uar-uarkan benar-benar tercapai matlamatnya & targetnya."

Jika golongan ibu bapa yang sudah 'besar' dan sudah banyak makan asam garam hanya mendabik dada dengan ego yang tidak berkesudahan, maka sama-samalah kita mulakan dari rebung yang insyaAllah masih ada harapan tinggi untuk dilentur :D

Sentiasa terkesan dengan tagline Tuan Muhammad Rizal M, 'Fasilitator juga dai'e'. Ya, dakwah banyak cara & cabangnya :D

Jom!

-End Quote-



فَذَكِّرْ إِنَّما أَنْتَ مُذَكِّرٌ
Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya KAMU HANYALAH orang yang memberi peringatan. [Al-Qur'an, 88:21]



...فَإِنْ أَعْرَضُوا فَما أَرْسَلْناكَ عَلَيْهِمْ حَفيظاً إِنْ عَلَيْكَ إِلاَّ الْبَلاغُ
Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, MAKA KAMI TIDAK MENGUTUSMU (wahai Muhammad) SEBAGAI PENGAWAS TERHADAP MEREKA; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan... [Al-Qur'an, 42:48]



قَدْ جاءَكُمْ بَصائِرُ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ أَبْصَرَ فَلِنَفْسِهِ وَ مَنْ عَمِيَ فَعَلَيْها وَ ما أَنَا عَلَيْكُمْ بِحَفيظٍ
(Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri dan TIADALAH AKU BERKEWAJIPAN MENJAGA DAN MENGAWASI KAMU. [Al-Qur'an, 6:104]



وَ ما أَنَا عَلَيْكُمْ بِحَفيظٍ...
...DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG MENJAGA DAN MENGAWAS PERBUATAN KAMU. [Al-Qur'an, 11:86]



P/S: Seperkara lagi. Dalam ayat Al-Qur'an [6:104] di atas, kalian dapat lihat bahawa: yang bertanggungjawab terhadap perbuatan dirinya adalah mereka yang TELAH DATANG KEPADANYA KETERANGAN DARI TUHAN. i.e. bukan golongan jahil.

Jadi tumpukan juga perhatian kepada ayat adik saya: "Mungkin pemahaman & pendidikan mereka tidak sama dengan sebahagian kita yang, alhamdulillah, menerima pendidikan agama yang baik". Jadi janganlah kita terlalu bersikap judgmental terhadap mereka yang jahil.

Bagi pendakwah yang judgmental, ini ayat untuk kalian:



وَ أَطيعُوا اللَّهَ وَ أَطيعُوا الرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّما عَلى‏ رَسُولِنَا الْبَلاغُ الْمُبينُ
Dan ta'atlah kepada Allah dan ta'atlah kepada Rasul-Nya, jika kamu berpaling, sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) DENGAN TERANG. [Qur’an. 64:12]



Emphasisnya adalah pada frasa "DENGAN TERANG", "AL-MUBEEN". Jadi sebelum kalian memarahi golongan jahil, fikirkanlah terlebih dahulu tanggungjawab kalian menyampaikan amanat Allah DENGAN TERANG.

Atau bak kata adik saya, "Adakah dakwah yang kita semua sama-sama sampaikan (semua jemaah, semua golongan) sentiasa canang & uar-uarkan benar-benar tercapai matlamatnya & targetnya."