Friday, October 31, 2014

The Story of Adam in the Qur'an VS Theory of Evolution

(Current) Sains kata manusia adalah sebahagian dari produk evolusi alam. Sementara Qur'an pula beritahu, manusia berasal dari keturunan Nabi Adam a.s. yang diciptakan secara langsung oleh Allah 'Azza wa jal.

Question
There's ample evidence from science that shows things evolve, you have mutation, natural selection. People see a direct contradiction with god, Islam and evolution. How does a Muslim address this?

Answer (by Hamza Tzortzis)
It's very simple, Islam generally says go where the science takes you, to a point where it doesn't negate established theological facts.

As a Muslim when we look at evolution and we say it's amazing and interesting, we keep in mind that this is a theory that seems to work, it has a lot of empirical and theoretical justification. So as a Muslim scientist I would continue to do the science and agree with some of its conclusions.

- However, what we would say is if there is something that goes against the Islamic narrative, we would do an epistemic weighing, which means what is more valuable in terms of knowledge.

We know science is amazing and great but it changes all the time, e.g it changes because of two keys: thinking processes induction and empiricism.

- Induction is a thinking process where you have limited set of observations. And for the next observation, you make a conclusion based on the previous observations.

The issue is you might have a different observation that negates the previous observation e.g I'm a scientist in wales, I count the color of sheep and I count a 1000 sheep and they are all white so I conclude that they are all white, or the next sheep will be white. But there are black sheep so the next observation can be a black sheep and this will disagree with your previous conclusion. Science works heavily on induction which is never 100%

- Also science uses the worldview called empiricism, which basically says I can't have knowledge on anything unless it's directly or indirectly observable. But that means there might be something which you haven't seen, so there could be a future possible observation, that you haven't observed which can go against your current data. That's why every sincere scientist will say science is never 100%.

- So when we look at evolution, we need to realize that that's the best that we have now. But if in the best that we have, a part of evolution goes against the Islamic narrative (a part of it, not all of it as we agree with natural selection, mutations etc. but if there's something that goes against the Islamic narrative), we do an epistemic value weighing.

What is the value of knowledge? We saw in science, there's limitations, induction and empiricism. You will never get 100% truth. But with the Qur'an, it outweighs the conclusions made by science, why? Because we believe it's from the Creator. And we believe it's from the Creator for many many good rational and logical reasons. And therefore who will be more likely to be truthful? Us, humans as scientist, who are looking to the world to find the best conclusion using induction and empiricism which is limited? Or the Creator who created us and has all knowledge and He has the picture and we only have the pixel?

- We can also add that there was a time when most scientists believed that the universe was eternal. In the 1940's they believed in the steady state theory, the universe had no beginning or end, which contradicted the Qur'an, which says the universe began to exist.

So if you were a Muslim living in the 1940's, would you go with the Qur'an or with what scientists were saying? And there was a consensus amongst the scientists that the universe was always there. And it turned out science was wrong. And science changed.

The useful thing here is not to see this as a negative. It’s a good thing because science is the progressive development of knowledge based upon the empirical world and that’s a good thing. It becomes bad when you have the likes of Richard Dawkins etc. who say this is the 100% truth; and don’t entertain the fact that they might be wrong.

Wednesday, October 29, 2014

MERAMAL NASIB MELALUI TARIKH LAHIR???

Soalan:

Prof Madya Dato' Dr. Asri, sekarang ada banyak ceramah atau kursus untuk menyingkap rahsia tarikh lahir. Ada rakan-rakan saya menyertainya dan mula mempercayai nasib masa depan mereka menerusi tarikh lahir. Kononnya, tarikh lahir menentukan kemampuan dirinya, masa depannya dan lain-lain. Apa yang dipilih pun mesti berdasarkan tarikh lahir. Adakah ini diizinkan oleh Islam?


Jawapan Dr. MAZA:

Saudara, dalam masyarakat yang menghadapi berbagai tekanan hidup, kesibukannya, persaingan antara satu sama lain, maka ramai yang akan cuba mencari ‘keajaiban’ untuk merentasi semua itu. Jika tidak dengan Iman yang benar, maka sihir, merenung nasib dan berbagai khurafat yang lain akan timbul dan mengambil tempat. Akan ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan daripada keadaan yang seperti ini.

Untuk soalan tersebut beberapa perkara berikut saya ingin tegaskan;

________________________________


1. Islam adalah agama yang menentang semua unsur khurafat, tahyul dan apa sahaja kebatilan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar.

Meramal masa depan tanpa asas-asas yang boleh dipercayai atau saintifik adalah merosakkan akal dan menimbulkan berbagai salah sangka dalam kehidupan manusia. Ia boleh memutuskan harapan, atau membuat jangkaan yang salah. Sedangkan kita dilarang untuk berputus asa dari rahmat Allah. Segala unsur yang membodohkan manusia, ditentang keras oleh ajaran Islam ini.

________________________________


2. Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti ilmiah sama sekali.

Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan pra-sangka terhadap ciptaan Allah semata.

Jika ada yang mendakwa bahawa tarikh lahir tertentu seperti angka 1 mempengaruhi nasib tertentu dengan disertakan bukti beberapa tokoh atau individu, itu bukanlah bukti yang ilmiah. Entah berapa puluh juta manusia memiliki angka 1 dalam tarikh lahirnya, adakah semua mereka demikian? Sudah pasti bagi setiap angka ada berbagai watak manusia. Jika mahu, kita boleh dapati berapa ramai yang memiliki angka selain 1 mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 1 seperti yang para ‘penilik dan peramal’ nasib itu nyatakan. Dari mana mereka perolehi ciri-ciri tersebut? Ia sebenarnya, sebahagian warisan ahli-ahli nujum kuno yang ditentang oleh Islam, atau mungkin rekaan baru mereka untuk melariskan ‘bisnes motivasi’.

Sunday, October 26, 2014

UJIAN-UJIAN ITU

Orang yang berharta diuji dengan kelalaian.
Orang yang miskin diuji dengan kesempitan.

Orang yang berkuasa diuji dengan amanah.
Orang yang lemah diuji dengan penindasan.

Orang yang penyayang diuji dengan kehilangan yang tersayang.
Orang yang pembenci diuji dengan kehidupan sepi.

Orang yang ada rupa diuji dengan pelbagai fitnah.
Orang yang hodoh diuji dengan perasaan iri.

Orang yang kuat nafsu diuji dengan halangan memuaskan nafsu.
Orang yang tiada nafsu (asexual) diuji dengan tuduhan pembohong.

And the list can go on and on.

Masing-masing ada kelebihan masing-masing yang Allah berikan; supaya dapat kita manfaatkan untuk mengumpul bekalan akhirat.

Dan masing-masing ada kekurangan masing-masing, yang sengaja Allah berikan; sebagai 'aset penginsaf' untuk kita kembali kepada-Nya.

Dan masing-masing pun ada ujian masing-masing, baik kecil besar kejap lama ringan berat significant insignificant.

Jadi usahlah sekali-kali kita berharap kita dapat menjadi seseorang yang lain, hanya kerana tidak tahan dengan ujian yang sedang dihadapi.

Dan usahlah juga kita perlekeh ujian orang lain, kerana belum tentu kita punya kekuatan yang diperlukan bagi menghadapi ujian seumpama mereka.

Monday, October 13, 2014

HADIS PALSU DALAM MASYARAKAT MELAYU

Oleh : Shahfizal Musa
Foto : Ikhwan Hashim

BANGI, 15 September 2014 - Kajian oleh seorang pakar hadis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati 34.42% daripada hadis yang sering di petik dan digunakan di kalangan masyarakat Melayu adalah palsu atau mawdu.

Professor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir dari Fakulti Pengajian Islam mendedahkan hasil kajiannya itu dalam Syarahan Perdananya bertajuk, “Keberadaan Al-Mawdu dalam Masyarakat Melayu” di sini hari ini.

Beliau telah mengupas isu hadis palsu yang wujud dalam Islam hingga membawa kepada perpecahan umat pelbagai puak serta percanggahan dalam aqidah hingga merangkumi soal ibadat dan kehidupan.

Hadis Rasulullah ﷺ adalah sumber utama agama Islam selepas Al Quran tetapi dicemari dengan adanya hadis palsu yang memberi impak negatif kepada orang Islam dan pemahaman mereka terhadap Islam.

Hasil kajian Prof Jawiah mendapati daripada 825 hadis yang popular dalam masyarakat Melayu hanya 285 adalah mawdu.

Kajiannya juga mendapati hadis palsu itu bukan saja diperkatakan oleh orang yang tidak mempunyai kelayakan agama seperti perbincangan di kedai kopi atau jalanan tetapi oleh orang yang bertauliah dalam bidang agama seperti imam dan ustaz.
Hadis palsu demikian turut diungkapkan dalam kutbah Jumaat di seluruh negara, dalam kitab agama bahasa Arab, buku motivasi dan buku mengenai hari-hari penting dalam Islam seperti Israk-Mi’raj, kata Prof Jawiah.

Selain itu hadis palsu juga kedengaran di kaca TV dalam rancangan seperti Forum Perdana yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sendiri.

Beliau berkata apa yang berlaku adalah tokoh-tokoh agama termasuk imam dan ustaz mengambil jalan mudah dengan mengulangi hadis yang disampaikan oleh ‘ulama’ terdahulu.

Dengan itu hadis palsu demikian turut diulangi berkali-kali hingga merentasi zaman dan benua. Itulah sebabnya hadis palsu demikian terus digunakan sehingga hari ini, sedangkan hadis itu bukan dari Rasulullah ﷺ.

Prof Jawiah memberi contoh beberapa kitab mashyur oleh ulama terdahulu, yang secara tidak sengaja telah menggunakan hadis-hadis demikian dalam kitab-kitab mereka.

Beliau menyebut kitab seperti Durrah al Nasihin oleh Al-Hindi, Irshah ‘Ibad’ Ila Sabil Al Rashad oleh Sheikh Zayn Al-Din Al Malabari, Matla Al Badrayn dan Al Jawhar Al Mawhub wa Munabbihat Al Qulubby oleh Sheikh Ali Abd Al-Rahman Al Kelantani dan buku terkenal Ihya’ Ulum Al Din oleh Sheikh Al Ghazali.

Semua buku-buku itu mengandungi hadis sahih yang dicampur aduk dengan hadis mawdu dan hadis lemah.

Beliau menyebut kitab Ihya’Ulum Al Din oleh Sheikh Al Ghazali mengandungi sehingga 265 hadis yang dikenal pasti sebagai mawdu dalam pelbagai bab termasuk mengenai akidah. Sheikh Al Ghazali di penghujung hidupnya telah mempelajari ilmu hadis dengan mendalam.

Prof Jawiah hairan bagaimana hadis dipalsukan hingga telah menyelinap masuk ke kitab yang ditulis oleh ulama’ yang disegani dan telah menghuraikan sebab-sebabnya.

Pertama adalah untuk kepentingan politik di mana konflik yang tercetus di antara Sunni dan Syiah telah menyebabkan wujudnya hadis palsu. Masing-masing ingin menguatkan tuntutan mereka dan telah memalsukan hadis untuk mencapai maksud mereka.

Kedua adalah untuk kepentingan peribadi di mana hadis direka oleh penglipur lara untuk mengambil hati pendengar agar mereka diberi imbuhan wang.

Ketiga hadis boleh juga bertukar menjadi palsu apabila diterjemahkan dari bahasa Arab kepada Bahasa Melayu. Untuk memudahkan pemahaman banyak hadis dipendekkan dan tumpuan beralih daripada ketepatan kepada pemahaman, kata Prof Jawiah.

Turut hadir mendengar syarahannya ialah Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, dekan-dekan, pegawai-pegawai kanan UKM serta para pelajar.

لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق

Do not belittle any good deed,
even if it is as much as smiling in the face of your brother.
[Muslim]