Monday, March 10, 2014

Evil Eye aka Penyakit Ain aka Al-'Ayn - [by Sh. Dr. Yasir Qadhi]



Tahukah anda apa itu Penyakit Ain (atau dalam Bahasa Inggeris disebut Evil Eye, atau dalam Bahasa Arab al-'Ayn)?

Evil Eye adalah malapetaka yang menimpa seseorang (seseorang yang mempunyai kelebihan - seperti kekayaan, ketampanan, kecantikan, berpangkat, atau berumahtangga bahagia), bilamana terdapat individu menyimpan rasa hasad membara (burning jealousy) kepada mereka.

Contoh Evil Eye: Seorang jelitawan mula hilang kecantikannya apabila terdapat individu menyimpan rasa hasad membara kepadanya.

Contoh lain : Sebuah kereta mewah ditimpa kemalangan jalanraya apabila terdapat individu menyimpan rasa hasad membara kepadanya.

Begitu juga dengan kekayaan, kehidupan rumahtangga bahagia, pangkat, dan kelebihan-kelebihan lain; apabila terdapat individu menyimpan rasa hasad membara terhadap mereka, mereka akan mula terdedah kepada kebarangkalian untuk ditimpa Evil Eye. Wal ‘iyyazu billaah - kita berlindung dengan Allah dari semua itu.

Dalam sebuah Hadith (riwayat Abu Dawud), Rasulullah SAW menyebut bahawa kesan Evil Eye ini boleh membawa seseorang ke kubur. i.e. boleh menyebabkan kematian.

Dalil naqli untuk membuktikan hakikat Evil Eye ini terdapat numerous di dalam al-Qur'an dan Hadith.

The most obvious one be:
العين حق 
"The Evil Eye is true"
[Sahih Bukhari]

From this simple Hadith, we learn that the Evil Eye is a REALITY; and NOT a mere superstition.

Antara dalil lain adalah peristiwa Nabi Ya'qub AS berpesan kepada anak-anaknya agar mengelak perhatian orang ramai [al-Qur'an, 12:67]

Begitu juga di dalam surah al-Falaq, tatkala kita berdoa memohon perlindungan Allah daripada "kejahatan pendengki apabila mereka berdengki" [al-Qur'an, 113:5]

________________________________

Jadi bagaimana cara untuk kita mengelak dari terkena Evil Eye? :

1. Berdoalah memohon perlindungan Allah SWT. i.e. Bacalah surah al-Falaq - kerana sememangnya kandungan surah al-Falaq itu terdiri dari doa - 


قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
وَمِن شَرِّ النَّفَّـثَـتِ فِى الْعُقَدِ
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Terjemahannya:
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,
dari kejahatan makhluk-Nya,
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita,
dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul,
dan dari kejahatan pendengki apabila ia dengki".

2. Don't be flashy - sebagaimana pesanan Nabi Ya'qub AS kepada anak-anaknya. [al-Qur'an, 12:67].

3. Apabila kita memuji seseorang, pujilah dengan menyebut nama Allah. e.g. Maa shaa Allah; Tabaarakallah. (Contoh penggunaan: Maa shaa Allah, lawa betul rumah itu. - Maa shaa Allah, cantik betul akak itu. - Maa shaa Allah, comel betul bayi itu. - Maa shaa Allah, hensem betul lelaki itu. - Maa shaa Allah, tabaarakallah, bahagia betul keluarga mereka).

Sebagai nota sampingan: Terdapat segolongan masyarakat kita menganggap bahawa punca Evil Eye itu terletak pada 'kata-kata pujian' itu sendiri, maka mereka seboleh-bolehnya mengelak dari dipuji dan memuji. Misalnya dengan berkata, "Jangan dipuji-puji sangat, jangan disebut-sebut sangat, nanti nikmat ditarik balik!". Tapi notion itu sebenarnya adalah SALAH sama sekali. Puji-memuji itu tidak salah, sekiranya ia sekaligus dikembalikan kepada Allah SWT. Sebab itulah kita sertakan "Maa shaa Allah", atau "Tabaarakallah" bersama kata pujian.

- Mereka yang DIPUJI pula harus ucapkan "Alhamdulillah", atau "Laa quwwata illaa billaah", atau dibalas kembali dengan "Maa shaa Allah".

_____________________________

Apakah yang harus kita lakukan jika terkena Evil Eye?

- Menurut sebuah Hadith Sahih (riwayat Imam Ahmad): Jika kita dapat kenal pasti individu yang telah menyebabkan Evil Eye ke atas kita (siapa yang dengki kepada kita): Kita perlu mandi menggunakan air dari hasil bekas wudhu' orang yang telah menimpakan Evil Eye itu.

_____________________________


Apakah yang harus kita lakukan jika kita merasa bahawa kita sendiri berkecenderungan menimpakan Evil Eye ke atas orang lain i.e. kita sendiri merasa dengki terhadap seseorang?

- Sebutlah "Maa shaa Allah"; dan "Baarakallahu feek". (Kita mendoakan kebaikan untuk orang yang kita dengkikan itu "Semoga Allah memberkati anda", atau dalam Bahasa Arab: "Baarakallahu feek"). In sha Allah, Allah SWT akan hapuskan perasaan hasad dari dalam dada kita.

- Ingat pesan Rasulullah SAW bahawa, "Hasad dengki itu menghapus pahala kebaikan (diri) umpama api membakar kayu arang." [riwayat Abu Dawud]

Semoga hati kita sentiasa bersih dari perasaan dengki, dan semoga Allah lindungi kita dari terkena al-'Ayn. Amin.

1 comments:

Unknown said...

Setakat yang saya ingat, ada at least tiga perkara yang boleh melindungi kita dari terkena Al-Ayn.

Pertama, taawudz. Auzubillahi min asshaytaanirajeem. Atau juga, bacaan yang sering kita baca di permulaan majlis - innalhamdulillah.....wa nauzubillahi min shuruurina, wa min sayyiati a'malina. Begitu juga dengan mengamalkan surah Al-Falaq.

Kedua, sentiasa memulangkan pujian kepada Allah. Tak salah nak upload gambar baby sendiri, tetapi org yg tengok tu kena lah ingat utk memuji Allah.

"subhanallah, cantiknya bayi engkau"

"Alhamdulillah, tahniah dapat bayi yang comel sgt2"

"MashaAllah, kiutnye lesung pipit dia!"

Pujian-pujian sebegini, inshaAllah akan mengelakkan malah melindungi bayi anda dari terkena Al-Ayn. Tapi berapa ramai antara kita yg bercakap/komen mcm tu?

Ingat, seseorang itu boleh mengAyn dalam keadaan dia tak tahu atau tak sengaja, walau siapapun dia.

Sebab itulah, banyakkan memuji Allah. Kereta cantik, alhamdulillah. Badan sihat, alhamdulillah. Itu cara kita terselamat dari terkena Al-Ayn.

Cara ketiga, menurut Ibnu Qayyim, adalah dengan menampakkan keburukan/kelemahan yang ada pada sesuatu, atau menyembunyikan kecantikan/kebaikan. Maksudnya jangan perfect sangat.

Ibnu Qayyim ada bagi contoh/cadangan, antaranya seperti perbuatan menanda dahi bayi dengan arang bagi comot. Tujuannya bila bayi tu comot, takdelah orang nak puji sangat.

Sebab itu dalam kalangan orang tua-tua, kita dapat lihat kadang2 masih ada segelintir yang mengamalkan cara ini kepada bayi baru lahir.

Begitu juga, dikatakan antara hikmah wanita cantik digesa berniqab, adalah demi mengelakkan dari terkena Al-Ayn.

Kesimpulan;

Akhir kata, mungkin pendapat saya agak conservative, tetapi sebaik2nya elakkan lah daripada mengupload gambar2 seperti gambar bayi, gambar anda sedang bahagia, dsb. Nasihat untuk diri sendiri juga. Kerana kita tak tahu, sejauh mana kesannya perbuatan itu kepada diri kita.

Sungguhpun seorang pegawai perubatan, namun sebagai muslim, saya beriman dengan kewujudan Al-Ayn malah tidak menolak pengaruh Al-Ayn terhadap kesihatan manusia. Sudah banyak kes-kes yang saya jumpa, yang kelihatannya seperti "kes terpencil", rare dsb, tetapi boleh berlaku.

Atas sebab itu saya sering mengingatkan kepada pesakit, bahawasanya kami para doktor hanyalah wasilah, usaha dan jalan mencari penyembuhan. Pesakit sendiri perlulah meminta dari Allah, berdoa, memohon ampun dan banyakkan bertaubat sepanjang tempoh sakit.

Post a Comment