Saturday, March 15, 2014

Anti Drama

Tidak dinafikan, apa yang diperlukan bagi mereka yang terlalu berfikiran negatif adalah interaksi sosial, sedikit hiburan, pembetulan falsafah hidup, hidup beriadah, dan sikap pandang ke hadapan; namun apabila semua ini diambil dalam dos melebihi kadar sepatutnya, mereka akan mula hilang rasa sensitif terhadap musibah yang menimpa diri mereka. Tidak peka mengenal 'drama' yang bermain dalam hidup seharian mereka. Mengaku salah, taubat, air mata, kepekaan terhadap emosi orang sekeliling, kehalusan jiwa, semua ini hampir hilang dari kamus hidup mereka. Mata dibasahi air masinan hanya apabila menonton drama pengundang tangis di skrin-skrin gajet, tatkala sedaran mereka lalai dari 'drama' hakiki yang bermain dalam kehidupan nyata mereka; terkadang bukan lalai, tetapi sengaja melarikan diri.

Ahli keluarga meninggal - Masih kuasa berjenaka di majlis pengebumian. Tiada seorangpun mengalirkan air mata.

Kawan kehilangan laptop - Yang lain berkerumun datang bertanyakan perincian kejadian; bukan kerana ingin membantu atau bersimpati, tetapi kerana ingin menjadi orang pertama menyebarkan berita sensasi.

Anak menangis-nangis datang mengadu kes pembulian emosi di sekolah - Nasihat ringkas ibu bapa: "jangan manja sangat; abaikan je apa orang kata".

Kawan beria meminta maaf menangis-nangis - responnya: "tak yah drama sangat kot. Awkward doh".

Nah, generasi alaf baru. 'Emosi' bagai sudah tidak dibenar untuk main peranan dalam hidup seharian. Lebih-lebih kaum adam. Adakah bagi generasi ini, para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu adalah gay-gay belaka? Kerana mereka terlalu kerap menangis? Kerana hati mereka terlalu lembut, terlalu sensitif? Terutama Umar al-Khattab r.a.?

Apakah yang mampu mencairkan semula emosi generasi kita yang sudah beku membatu?

Menunggu musibah maha dahsyat datang menimpa? Sehingga lutut merebah pilu meledak?
Entah.
Tepuk dada tanya nurani, tepuk kepala tanya akal.

Hidup ini penuh drama.
Mahu tidak mahu.
Suka tidak suka.
Terima atau nafi.
Lari atau tempuh.

Bagaimana kita tempuh - itulah persoalannya.

Last but not least: Menangislah Wahai Mata!

Being optimistic is good. Namun 'wasatiah' jugalah kunci kepada siratal mustaqim. Be realistic.

0 comments:

Post a Comment