Tuesday, March 25, 2014

[Ri-aa-annaas] and [Desensitization to Crime]

Dalam pos ini, mari kita bincangkan validity mesej dalam perkongsian Saudara Al Wakaka di atas.

Pertama sekali, saya bukanlah seorang yang rajin mengemas kini status Facebook/Twitter/Instagram dengan pos ala 'this is my latest ibadah' (eg. "done terawih"). Malah saya jarang sekali kemas kini semua laman itu. But let's be fair to those who do. So here's my thoughts concerning [Ri-aa-annaas] and [Desensitization to Crime] :

Bila kita lihat seseorang melakukan kebajikan di tengah public, kita dapati ada saja mulut-mulut yang tolong 'mengambil berat' dengan berkata: "Alangkah baiknya jika dia memelihara niatnya dengan melakukan amal secara tersembunyi" - versi lembutnya. Atau versi kasarnya, "Aku tak suka betul tengok orang macamtu. Riya' doh! Bajet orang tak tau aa niat dia..." - demikian realiti sebahagian umat Islam di Malaysia.

Tetapi.

Mari kita telusuri pula persekitaran generasi manusia terbaik, generasi para sahabat Nabi SAW dahulu. Dan lihat bagaimana sikap yang telah mereka tunjukkan dalam 'menghadapi' amal & ibadah orang sekeliling mereka.
[the phrasing, though...lol]


[Hadith Sahih Muslim. Jilid 2. Nombor 0959. Topik: Zakat]
Dari Abu Dzar RA, katanya beberapa orang sahabat Nabi SAW (para Muhajirin) pernah berkata kepada baginda SAW, "Wahai Rasulullah SAW, Kaum hartawan (dari Ansar) dapat memperoleh pahala yang lebih banyak (daripada kami Muhajirin). Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa, (tetapi) bersedekah (pula) dengan sisa harta mereka."[1]


Nah. Lihat bagaimana Muhajirin tidak berpuas hati dengan Ansar. Sebab ketidak puas hatian?

-Adakah Muhajirin tidak senang melihat Ansar melakukan kebaikan secara terbuka di tengah public? (Sebagaimana orang Melayu kita tidak senang melihat orang melakukan kebajikan di tengah public?)
-Adakah Muhajirin bimbang kalau-kalau timbul penyakit Riya' dalam dada golongan Ansar?

TIDAK

Mereka tidak berpuas hati kerana TIDAK MAHU KALAH kepada Ansar dalam beramal ibadah. Tidak mahu kalah dari segi kuantiti.

Solat Sunat, Puasa Sunat, para Muhajirin mampu lagi bersaing..... tetapi Sedekah? Muhajirin terasa tertewas. Kerana kekayaan mereka semua telah ditinggal di Makkah sewaktu hijrah.

Pause here.



The fact that there were healthy competitions going on between Muhajirin and Ansar clearly shows that they KNEW about the amal of each other. i.e. some or most of their amal were done in public.

Bukan setiap masa mereka menyembunyikan amal mereka.



Even in the Qur'an, Allah SWT said, "Jika kamu MENAMPAKKAN sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu." [Al Baqarah, 2:271]

"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan TERANG-TERANGAN, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya." [Al Baqarah, 2:274]

"Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau TERANG-TERANGAN serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)." [Ar Ra'd, 13:22]



Means the choice is all ours whether to do amal privately or publicly, so long as our intention is pure and ikhlas. And each individual knows their own intention better than those who judge them.

Kalau kita hidup dalam komuniti yang kontang dari melakukan amal kebaikan, then why not do our good deeds publicly so that we can promote them to the public sphere?

Action speaks louder than words after all, remember? Berdakwah secara 'tauladan' itu jauh lebih efisyen & berkesan berbanding secara 'lisan'.

Demikianlah yang telah dilakukan oleh para sahabat. Sehingga di sana wujud PERSAINGAN sihat dalam beramal ibadah.



Bandingkanlah dengan realiti kita orang Melayu.

Masing-masing lebih bersungguh menyembunyikan amalnya yang... entah wujud entah tidak.

Dan masing-masing lebih selesa menzahirkan 'normal side' diri supaya dapat berselindung di sebalik budaya 'kebiasaan' masyarakat sekeliling. Ninpou kakuremi no jutsu! - Blend in dalam budaya gila-gila, budaya care less, budaya self serving, budaya narcissism, budaya judgmental, budaya hedonism.... yang semua menjadi kebiasaan masyarakat.

Tweet "Best doh lagu baru si polan polan nih!" itu dikira normal.

Tweet "Done Terawih" itu dikira odd.

Tweet "So I donated RM sekian-sekian to my local masjid last night...." itu dikira bizarre.

Degradation of the VALUE of Moral; Nilai moral semakin diheret ke tingkatan rendah. Gila-gila adalah normal. Bersedekah adalah abnormal. Bangun Qiyam adalah abnormal. Melazimi puasa sunat adalah abnormal.

Maka tidak hairanlah label 'riya' itu tertempek ke atas muka semua para 'pelaku' amal.

Contrast this to the crimes that are taking place. Kes seperti zina pula menjadi semakin normal. Pembuangan bayi pula manjadi semakin normal. Masyarakat mula kurang sensitif terhadap kes-kes 'normal' sebegini; desensitized. Jemu dan mual.

Awalnya laporan berita dibuat sekadar demi mengaut tumpuan sensasi. Eg. Pembuangan bayi sana, pembuangan bayi sini. Tapi apa guna berita sensasi jika melapor sekadar melapor? Tiada pula dilaporkan pelaku jenayah itu dihukum dengan hukuman setimpal? Melakukan jenayah tetapi tiada hukuman? "Aku pun leh ar try!", kata pembaca akhbar yang berpenyakit hati, somewhere deep in their mind subconsciously; which won't be enacted upon immediately, but will ~slowly but surely~ translates into action someday.

Maka mana tidak ia semakin tertular ke dalam budaya masyarakat diterima sebagai norma.

Yang sepatutnya dimuatkan di dada akhbar adalah hukuman yang TELAH dijatuhkan ke atas pelaku zina X dan Y. Pelaku jenayah W dan Z. Barulah membantu mengurangkan kadar jenayah dalam masyarakat. Insha Allah.

__________________


Sebagai tambahan, mari kita perhatikan pula sikap orang munafik di zaman Rasulullah SAW terhadap para sahabat RA yang bersedekah secara terbuka:

[Hadith Sahih Muslim. Jilid 2. Nombor 0975. Topik: Zakat]
Dari Abu Mas'ud RA, katanya: "Kami diperintahkan Rasulullah SAW supaya bersedekah, sedangkan kami hanya pekerja kasar atau kuli. Namun Abu 'Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lain mengikutinya dengan menyedekahkan apa saja, namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: "Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak membutuhkan sedekah ini dan itu. DAN MEREKA MELAKUKAN INI SEMUA HANYA KERANA RIYA' SEMATA-MATA." Kerana ucapan mereka itu, maka turunlah ayat: "(Orang-orang munafik, iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu dengan seksa yang pedih." [At Taubah, 9:79]

Kesimpulan: It's not our job to judge other people's intention. Even if our concern is real, berdialoglah terlebih dahulu secara face-to-face, memastikan apakah rakan kita itu benar-benar lalai dalam soal memelihara niat, atau apakah mereka sengaja sedang "berdakwah secara tauladan".

Semoga Allah redha.

__________________


As for the other side of the coin, buat mereka yang merebuntukan keikhlasan dalam beramal, lazimkanlah 2 amalan berikut:

1. Increase your private deeds. Make sure that your private deeds > your public deeds. Both in quantity and quality.

2. Berdoalah agar dibersihkan hati dari virus Riya':

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

Terjemahan Bahasa Melayu: "Ya Allah aku memohon perlindunganMu daripada aku-melakukan-kesyirikan-kepadaMu-dalam-keadaan-aku-mengetahuinya, dan aku memohon keampunanMu (sekiranya aku-melakukan-kesyirikan-kepadaMu-dalam-keadaan-aku)-tidak-mengetahuinya."

Terjemahan Bahasa Inggeris: "O Allah I seek refuge in You that I commit shirk with You while I’m conscious/know/aware of it. And I ask You to forgive me if I did it unintentionally."

[Doa yang dipetik dari Hadith Sahih Bukhari]

Ingat, Riya' adalah satu bentuk syirik.


__________________

Footnote:

[1] - Sambungan Hadith Nombor 0959: Jawab Nabi SAW, "Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; menyuruh pada kebaikan adalah sedekah; melarang kemungkaran adalah sedekah; dan hubungan intim kalian (dengan isteri) adalah sedekah." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah salah seorang di antara kami melampiaskan syahwatnya dan dia mendapatkan pahala?" Rasulullah SAW menjawab, "Bagaimana pendapat kalian jika ia melampiaskan syahwatnya pada yang haram, apakah ia berdosa? Demikian juga jika melampiaskannya pada yang halal, maka ia mendapatkan pahala."

0 comments:

Post a Comment