Friday, February 6, 2015

Perlukah Muslim Membenci Yahudi?

YAHUDI ATAU ZIONIS?

Pertama sekali, masih ramai Muslim keliru antara istilah "Yahudi" dan "Zionis."

Bila lihat kekejaman berlaku di Palestin, ramai merampang, "Tak guna punya Yahudi!" "Semoga Yahudi semua dilaknat!" dsb.

Tapi ketahuilah saudara-saudari bahawa penganut agama Yahudi sendiri memusuhi negara dan kerajaan Israel.

Pembentukan negara Israel itu adalah agenda Zionis dan bukannya agama Yahudi.
Jadi persisnya, kedudukan agama Yahudi dalam konflik Israel-Palestin adalah:

Zionis
VS
Muslim & Yahudi seluruh dunia

Mereka berada di pihak kita Muslim.
Ramai menganggap Zionis itu subset fahaman agama Yahudi; tapi sebenarnya tanggapan itu tidak tepat.
Two completely separate entity.

Cuma jika dari segi "bangsa," tentulah sebahagian besar Zionis itu subset bangsa Yahudi.
Pun begitu, ia tidak membantu menjustifikasi kebencian kalian terhadap Yahudi.
Pernahkah Islam mengajar kita memusuhi sesuatu kaum hanya kerana keturunan atau agamanya?
Jelas sekali, tidak.


______________________________________



YAHUDI DI ZAMAN RASULULLAH SAW

Sebagaimana kita ketahui, ketika Rasulullah SAW baru berhijrah ke Madinah, baginda sangat bersikap optimistik terhadap kaum Yahudi.

Baginda banyak mengarahkan kaum Muslimin agar mengikuti, menyerupai, dan meniru amalan kaum Yahudi dengan harapan dapat melembutkan hati Yahudi memeluk Islam.

Tapi malang, persangkaan baik itu dikhianati, dan mereka melanggar Piagam Madinah: mencabul wanita Muslim, membunuh lelaki Muslim, bersekutu dengan kafir Quraysh Makkah dalam perang melawan Muslim; membuat percubaan membunuh Nabi, dsb.

Selepas itulah bermula deretan hukuman Rasulullah SAW ke atas Bani Qainuqa', Bani Nadhir, dan Bani Quraizah.

Dan selepas itulah baginda mula mengarahkan kaum Muslimin agar tidak lagi mengikuti, menyerupai, atau meniru amalan kaum Yahudi.

Jadi sebagaimana dapat dilihat, jelasnya, Rasulullah SAW bersikap keras terhadap Yahudi Madinah itu atas kesalahan mereka melanggar piagam, dan bukan kerana keturunan atau agama mereka.

Kalaulah Rasulullah SAW bersikap rasis, tentulah kaum Yahudi Yaman pun tidak berminat menghantar rombongan bagi mempelajari seterusnya memeluk Islam pada Tahun Delegasi 9 Hijrah.


_________________________________________



YAHUDI SELEPAS ZAMAN RASULULLAH SAW
Lihat bagaimana Pendeta Yahudi ini memuji layanan
Muslim dan negara Islam terhadap Yahudi

Sejarah membuktikan kedatangan Yahudi ke negara Islam sentiasa disambut baik oleh Muslim sebagai Zimmi.

FAKTA: Jadi lihatlah di negara-negara Islam sekarang - how the Jews flourished in the Arab lands: di Tunisia, Morocco, Iran, Mesir, Yaman, dll. Yahudi diberi hak sepenuhnya oleh Muslim untuk mengamalkan ritual agama mereka tanpa sebarang gangguan. Hubungan mereka begitu rapat sehingga Yahudi diberi kepercayaan mengasuh anak Muslim, dan Muslim diberi kepercayaan mengasuh anak Yahudi.

After all, the Jews are "ahli kitab," remember?


________________________________________



AHLI KITAB?

Ramai Muslim Malaysia mendakwa penganut agama Yahudi dan Kristian hari ini tidak lagi layak digelar ahli kitab.

Hujah mereka: Kandungan New Testament dan Old Testament hari ini sudah tidak sama dengan kandungan Injil dan Taurat yang telah diturunkan kepada Nabi Isa dan Musa AS.

Tapi lupakah mereka Injil dan Taurat sememangnya sudah korup sejak sebelum zaman Rasulullah SAW lagi? Yet the Jews and Christians at his time were still regarded as ahli kitab, even in the Qur'an!

Jadi jelas, pengkriteriaan definisi ahli kitab mereka salah.

Jika Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW dipanggil ahli kitab, tentulah Yahudi dan Nasrani hari ini tetap dipanggil ahli kitab.

__________________________________________________



KEADILAN DALAM ISLAM

Islam adalah agama yang adil.

Islam tidak pernah mengajar kita memusuhi sesuatu kaum hanya kerana keturunan atau agama mereka.

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." [Al-Qur'an, 5:8]

_____________________________________



ALLERGIC?

Adakah anda alergik terhadap Yahudi?

Punca alahan? Mungkin kerana belum pernah jumpa Yahudi yang baik dalam hidup.

Jika begitu, jemput tonton video ini:

Mikhael Elijah: Caucasian by race, Jew by religion



Also, check out Anna Baltzer, a Jewish lady who tirelessly work for the cause of Palestinian rights against Israelis.

Anna Baltzer: Jew by race, Jew by religion

0 comments:

Post a Comment