Monday, February 23, 2009

Hadith tentang Hari Qiamat


Apabila Nabi 'Isa Turun

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.127]
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w., bersabda: "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya 'Isa anak Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi hakim yang adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah, sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia menerima pemberian."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.128]
Jabir bin Abdullah r.a. mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Akan senantiasa ada hingga hari qiamat, segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang." Kata Nabi s.a.w. selanjutnya, "Sementara itu Nabi 'Isa a.s. akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya: Sudilah Anda solat dan menjadi pemimpin kami." Jawab Nabi 'Isa a.s., "Tidak. Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada umat ini."



Ciri-Ciri Dajjal

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2474]
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Belum terjadi qiamat sebelum dibangkitkan para Dajjal, pembohong besar yang jumlahnya hampir 30 orang. Semuanya mengatakan bahawa mereka adalah Rasulullah."

Friday, January 16, 2009

No Akaun AMAN PALESTIN

CIMB: 8600460353
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2

Thursday, December 18, 2008

How to masak ikan sardin for dummies

(mak aku ajar aku menerusi YM) :

minyak cikit jek..lam 2 sudu mkn je
angah potong bwg besar setengah biji
bwg putih sebiji kecik
tumis..bwg2 tu
pastu buh arr cili giling (ade lam peti tu) cikit
pastu buh gule 1 sudu kecik (sudu teh)
garam cikit..kicap cikit
dh siap arr
klu angah malas nk masak banyak kali..masak arr 2 tin tu sekali..simpan tuk esok same
errmm..klu ade roti..leh mkn ngan roti gak

Thursday, September 25, 2008

Tinjauan Dalil Tentang Lailatul Qadar


بسم الله الرحمن الرحيم


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5)0


“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Quran) itu pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin RABB-nya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”