Dari Mu'awiyah bin Hakam As Sulami r.a. katanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya, Rasulullah! Pada masa jahiliyah kami biasa mendatangi tukang tenung. Bagaimana itu?" Jawab beliau, "Jangan. Jangan datangi lagi tukang tenung itu." Tanya Mu'awiyah, "Kami percaya kepada suara burung sebagai petanda jahat atau baik. Bagaimana pula itu?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Yang demikian itu hanyalah dugaan belaka. Maka janganlah hal itu sampai menghalangi urusanmu."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2085]
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2085]
Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah s.a.w., bahawa para tukang tenung berkata begini dan begitu. Kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda Nabi s.a.w., "Kata-kata yang benar itu tertangkap oleh sebangsa Jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambah-tambahnya dengan seratus dusta."