Zuhud (Suci Dari Kotoran Dunia)
Penjara Orang Mukmin, Syurga Orang Kafir
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2488]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."
Dunia Lebih Hina Dari Bangkai
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2489]
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya: "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. lewat pasar melalui bahagian atas. Orang banyak mengikut beliau di kiri dan di kanan. Beliau bertemu dengan bangkai seekor anak kambing yang kecil kedua telinganya. Lalu dihampiri dan diambilnya anak kambing pada telinganya. Kata beliau, "Siapakah di antara kamu yang suka membeli ini dengan satu dirham?" Jawab mereka, "Kami tidak suka sedikit jua pun. Untuk apa bagi kami." Tanya beliau, "Sukakah kamu diberi dengan percuma?" Jawab mereka, "Sekalipun dia hidup kami tidak akan mahu, kerana anak kambing itu bercacat. Kedua telinganya kecil. Apalagi dia sudah menjadi bangkai." Sabda Rasulullah s.a.w., "Demi Allah, sesungguhnya dunia lebih hina di sisi Allah Ta'ala daripada anggapanmu terhadap bangkai ini."
Showing posts with label Zuhud. Show all posts

Friday, November 12, 2010
Suci Dari Kotoran Dunia
Peliharalah Lidah
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2507]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang hamba (manusia) yang berbicara dengan pembicaraan yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), maka dia akan terlempar ke neraka sejauh antara timur dan barat."
Jangan Hanya Pandai Mengatakan
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2508]
Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya dia ditanya orang: "Mengapa Anda tidak menghadap kepada Usman supaya Anda dapat berbicara dengannya?" Jawab Usamah, "Apakah kamu mengira bahawa aku tidak berani berbicara dengannya kecuali bila kamu dengar? Demi Allah, aku telah berbicara empat mata dengannya tanpa menyebut-nyebut perkara yang tidak kusukai, iaitu supaya aku sebagai orang pertama yang memulainya, dan aku tidak pernah berkata kepada seseorang bahawa dia sebagai Amir (penguasa): Sesunguhnya dia adalah orang yang terbaik. Iaitu setelah aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak di hari qiamat seseorang akan dihadapkan, lalu dia dilemparkan ke neraka. Maka bertaburan isi perutnya keluar, lalu diputar-putar seperti keledai memutar kilangan. Maka berkumpul ke dekatnya penduduk neraka, lalu mereka bertanya, "Hai Fulan! Apa dosamu? Tidakkah engkau menyuruh dengan ma'ruf (baik) dan mencegah yang mungkar?" Jawabnya, "Ada! Aku menyuruh yang ma'ruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakan. Dan aku melarang yang mungkar tetapi aku sendiri melanggarnya."

Subscribe to:
Posts (Atom)