Syurga dan Nikmatnya
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2418]
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Syurga dikelilingi dengan segala yang tidak disenangi hawa nafsu, dan neraka dikelilingi oleh segala yang disukai hawa nafsu."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2419]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah Ta'ala telah berfirman: "Kusediakan bagi hamba-hambaKu yang saleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia." Sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dalam KitabNya yang mulia, "Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (As Sajdah, 32:17)
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2420]
Dari Sahal bin Sa'ad r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Di dalam syurga terdapat sebatang pohon yang naungannya tidak terlewat oleh seorang pengendara selama seratus tahun."
Diliputi Keredhaan Allah Ta'ala
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2421]
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Allah Ta'ala berfirman kepada penduduk syurga, "Wahai penduduk syurga" Maka menjawab penduduk syurga, "Kami siap memenuhi panggilan dan perintahMu, wahai Tuhan kami. Segala kebaikan berada di tangan Engkau." Lalu bertanya Allah Ta'ala, "Adakah kamu merasa puas?" Jawab mereka, "Bagaimana kami tidak akan puas, bukankah Engkau telah memberi kami segala kenikmatan yang belum pernah Engkau berikan kepada makhluk lain?" Tanya, "Maukah kalian Aku beri nikmat yang lebih istimewa dari itu?" Jawab mereka, "Wahai Tuhan, nikmat apa pulakah yang lebih istimewa dari itu?" Jawab Allah Ta'ala, "Akan Kucurahkan kepadamu keredhaanKu di mana Aku tidak akan pernah marah kepadamu sesudah itu untuk selama-lamanya."
Istana yang Gemerlapan
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2422]
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak penduduk syurga melihat sebuah kamar di atas mereka, terlihat seperti bintang bercahaya gemerlapan jauh di ufuk Timur atau di Barat kerana perbezaan kedudukan mereka." Tanya para sahabat, "Ya, Rasulullah! Apakah itu tempat para Nabi yang tidak tercapai oleh orang lain selain mereka?" Jawab beliau, "Demi Allah yang diriku dalam kuasaNya, bahkan itu tempat orang-orang yang beriman kepada Allah dan mempercayai para Rasul."
Angin Nan Menakjubkan
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2423]
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik/tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah, didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, "Engkau sunnguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalku." Jawab isterinya, "Engkau, demi Allah, sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu."
Setiap Pria Beristeri Dua
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2424]
Dari Muhammad r.a. katanya "Pada suatu ketika para sahabat berlumba cepat saling mengingatkan (berdiskusi): Manakah penduduk syurga yang lebih banyak, lelaki atau perempuan?" Kata Abu Hurairah, "Bukankah Rasulullah s.a.w. telah menyabdakan, bahawa rombongan yang pertama-tama masuk syurga, mereka bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. Sesudah itu (rombongan) yang menyusul bagaikan bintang gemerlapan di langit. Setiap lelaki mempunyai dua isteri yang keduanya mempunyai betis tembus pandang sehingga kelihatan jantung betisnya bahagian dalam. Dan di dalam syurga tidak ada lelaki yang membujang."
Penghuni Syurga
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2425]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Rombongan yang mula-mula masuk syurga bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. (Rombongan) sesudah itu lebih cemerlang dari bintang-bintang yang gemerlapan. Mereka tidak buang air kecil dan tidak buang air besar. tidak membuang ingus dan tidak meludah. Sisir mereka dari emas, dan keringat mereka kasturi. Pedupaan mereka kayu gaharu yang harum. Isteri mereka bidadari, akhlak mereka sama. Bentuk mereka seperti nenek moyang mereka Adam, tinggi enam puluh hasta."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2426]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Rombongan yang pertama-tama masuk syurga mukanya seperti bulan purnama. Mereka tidak meludah, tidak membuang ingus, dan tidak buang air di sana. Bejana dan sisir mereka dari emas dan perak. Pedupaan mereka memakai kayu gaharu yang harum. Keringat mereka harum bagaikan kasturi. Setiap pria mempunyai dua isteri yang kedua betisnya tembus pandang sehingga kelihatan sumsumnya di bawah kulit kerana sangat indahnya. Mereka tidak pernah bertengkar atau saling marah. Hati mereka selalu bersatu dalam bertasbih kepada Allah Ta'ala sepanjang pagi dan petang."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2427]
Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak berak, dan tidak membuang ingus." Tanya para sahabat, "Bagaimana makanan yang mereka makan?" Jawab beliau, "Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi. Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas kalian."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.150]
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sekurang-kurang kedudukan seseorang di syurga, ialah firman Allah kepadanya: Mintalah apa yang kamu inginkan." Maka dimintanyalah apa yang diinginkannya. Kemudian Allah berfirman pula, "Adakah permintaanmu yang lain?" "Ya, ada!" jawabnya. Maka berfirman Allah kepadanya, "Untukmu segala yang kamu inginkan dan kutambah sebanyak itu pula."
Perihal Melihat Allah
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.148]
Dari Shuhaib r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Apabila penduduk syurga telah masuk ke dalam syurga, Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman kepada mereka: "Apakah kamu semua memerlukan sesuatu yang perlu Aku tambah untukmu?" Jawab mereka, "Bukankah muka kami telah putih gilang-gemilang? Bukankah kami telah Engkau masukkan ke syurga dan Engkau bebaskan dari neraka?" Kata Rasulullah s.a.w. selanjutnya, "Lalu Allah membukakan tabir yang menutupNya. Sekonyong-konyong penduduk syurga merasakan nikmat yang tiada taranya, selain memandang Allah 'Azza wa Jalla."
Abadi dan Awet Muda
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2428]
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Siapa yang masuk syurga selalu merasa nikmat, tidak pernah susah. Pakaiannya tidak pernah bercacat. Kepemudaannya tidak pernah sirna."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2429]
Dari Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Seorang penyeru menyerukan: Kamu selalu sihat, tidak akan pernah sakit selama-lamanya. Selalu hidup tidak pernah mati selama-lamanya. Selalu muda, tidak akan pernah tua selama-lamanya. Selalu merasa nikmat, tidak pernah susah selama-lamanya. Demikianlah tujuan firman Allah 'Azza wa Jalla, "Itulah syurga yang diwariskan kepadamu, sebagai balasan bagi amalmu yang dahulu" (Al A'raf, 7:34).
Kemah Mutiara
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2430]
Dari 'Abdullah bin Qais, dari bapanya r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Bagi seorang mukmin disediakan di syurga sebuah Khaimah dari sebuah mutiara yang berlubang, panjangnya enam puluh batu. Bagi mereka disediakan pula beberapa orang isteri yang didatanginya secara bergiliran di mana isteri yang satu dengan yang lain tidak saling menampak."
Memberi dan Menjawab Salam
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2431]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Ta'ala menjadikan Adam pada permulaan kejadiannya ialah seperti rupanya di bumi, tingginya enam puluh hasta. Setelah dia selesai tercipta, Allah Ta'ala berfirman kepadanya, pergilah kepada kelompok malaikat yang sedang duduk. Dengarkan jawapan mereka menjawab salammu. Begitulah cara kamu dan cara anak cucumu nanti memberi salam (penghormatan). Maka pergilah Adam kepada kelompok malaikat itu, lalu diucapkannya salam: "Assalamu 'alaikum" (Semoga Anda bahagia). Jawab para malaikat, "Assalamu'alaika wa rahmatullah" (Semoga kamu bahagia pula dan beroleh rahmat Allah). Firman Allah, "Setiap orang yang masuk syurga bentuknya seperti Adam. Tingginya enam puluh hasta, sekalipun makhluk kemudian semakin pendek hingga sekarang."
0 comments:
Post a Comment