Tuesday, November 9, 2010

Penghuni Syurga dan Neraka

Tidak Ada Lagi Kematian

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2435]
Dari 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setelah penduduk syurga dimasukkan Allah ke syurga dan penduduk neraka dimasukkan ke neraka, maka diumumkan kepada mereka masing-masing, "Hai, penduduk syurga. Tidak ada lagi kematian. Hai, penduduk neraka. Tidak ada lagi kematian. Semuanya kekal di mana mereka berada."



Siapa Penghuni Syurga dan Neraka?

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2436]
Dari Haritsah bin Wahab r.a. katanya dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Maukah kamu sekalian kuberitahukan siapa penduduk syurga?" Jawab para sahabat, "Tentu, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Orang-orang dha'if bila dihina orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah (dan mendoa kepadaNya), maka doanya sungguh diperkenankan Allah." Kemudian beliau bertanya pula, "Maukah kamu kuberitahukan siapa penduduk neraka?" Jawab mereka, "Tentu!" Sabda beliau, "Setiap orang yang kasar, besar mulut, angkuh, mewah namun kikir dan sombong."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2437]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "ada dua macam penghuni neraka yang belum terlihat olehku dewasa ini: Pertama, orang-orang yang membawa cemeti seperti ekor sapi, digunakannya untuk memukul manusia. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian seperti bertelanjang dan pandai merayu. Rambut mereka disasak seperti punuk unta miring. Mereka tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang sangat jauh."

Neraka

Seksa Neraka

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2432]
Dari Samurah bin Jundab r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Di antara para penghuni neraka ada yang dibakar hingga kedua mata kakinya. Ada yang dibakar hingga pinggang. Dan ada yang dibakar hingga lehernya."



Neraka adalah Seksa, Syurga adalah Rahmat

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2433]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Neraka dan syurga saling bertengkar. Kata neraka, aku diistimewakan Allah dengan penghuni-penghuniku orang-orang sombong dan sewenang-wenang." Kata syurga, "Apakah penghuni-penghuniku hanya terdiri dari orang-orang dha'if, orang-orang terdampar, dan orang-orang lemah?" Maka berfirman Allah kepada syurga, "Engkau adalah rahmatKu. Aku rahmati dengan engkau orang-orang yang Kukehendaki di antara hamba-hambaKu." dan berfirman pula Allah kepada neraka, "Engkau adalah azab (seksa)Ku. Aku seksa dengan engkau orang yang Kukehendaki di antara hamba-hambaKu. Masing-masing kamu mendapat penghuni sampai penuh." Ketika ternyata neraka belum penuh, maka Allah memenuhinya dengan orang-orang yang harus diseksa. Setelah penuh, neraka berkata, "Cukup, cukup" Lalu mereka dicampur aduk satu sama lain.

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2434]
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Neraka jahannam senantiasa meminta tambahan penghuni. Katanya, "Masih adakah tambahannya?" Sehingga akhirnya Allah Rabbul 'Izzati Tabaraka wa Ta'ala mendatangkan orang-orang yang harus diseksa, sampai dia berkata, "Cukup, cukup, demi keperkasaanMu." Lalu mereka dicampur aduk satu sama lain."

Syurga

Syurga dan Nikmatnya

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2418]
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Syurga dikelilingi dengan segala yang tidak disenangi hawa nafsu, dan neraka dikelilingi oleh segala yang disukai hawa nafsu."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2419]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah Ta'ala telah berfirman: "Kusediakan bagi hamba-hambaKu yang saleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia." Sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dalam KitabNya yang mulia, "Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (As Sajdah, 32:17)

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2420]
Dari Sahal bin Sa'ad r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Di dalam syurga terdapat sebatang pohon yang naungannya tidak terlewat oleh seorang pengendara selama seratus tahun."

Masuk Syurga Adalah Kerana Rahmat Allah Ta'ala

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2412]
Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Tidak seorang pun di antara kamu, yang amalnya akan dapat menyelamatkannya." Tanya seorang lelaki, "Amal Anda juga begitu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Ya, aku juga. Tetapi Allah melindungiku dengan rahmatNya. Kerana itu tambah giatlah kamu meluruskan amalmu."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2413]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang pun amalnya dapat memasukkannya ke syurga." Lalu beliau ditanya orang, "Anda juga, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Aku juga tidak. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmatNya."

Kegiatan Syaitan Menggoda Manusia

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2407]
Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya syaitan telah putus asa mengharapkan orang-orang yang solat akan menyembah kepadanya di Jazirah 'Arab. Kerana itu dia berusaha mengadu-domba sesama mereka agar selalu bermusuhan."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2408]
Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membencanai) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka."

Thursday, November 4, 2010

Mimpi Baik & Mimpi Buruk

Mimpi baik dan buruk

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2108]
Dari Abu Qatadah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mimpi yang baik datang dari Allah dan mimpi buruk dari syaitan. Maka bila kamu bermimpi buruk, meludahlah ke kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah dari bahaya kejahatannya, nescaya dia tidak membahayakan."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2109]
Dari Abu Qatadah r.a., dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Mimpi yang baik datang dari Allah, dan mimpi yang buruk dari syaitan. Maka siapa bermimpi yang dibencinya, hendaklah dia meludah ke kiri, kemudian berlindung kepada Allah dari kejahatan syaitan, nescaya tidak akan membahayakannya. Dan jangan menceritakan mimpi itu kepada siapa pun. Maka siapa bermimpi dengan mimpi yang buruk, bergembiralah dan jangan mencerita-ceritakannya kecuali kepada orang yang dikasihi."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2110]
Dari Jabir r.a., dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Apabila salah seorang kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disenanginya, maka hendaklah dia meludah ke kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan tiga kali, sesudah itu merubah posisi tidur dari posisinya semula."

Hakikat Tenungan/Tilikan dan Meteor

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2084]
Dari Mu'awiyah bin Hakam As Sulami r.a. katanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya, Rasulullah! Pada masa jahiliyah kami biasa mendatangi tukang tenung. Bagaimana itu?" Jawab beliau, "Jangan. Jangan datangi lagi tukang tenung itu." Tanya Mu'awiyah, "Kami percaya kepada suara burung sebagai petanda jahat atau baik. Bagaimana pula itu?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Yang demikian itu hanyalah dugaan belaka. Maka janganlah hal itu sampai menghalangi urusanmu."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2085]
Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah s.a.w., bahawa para tukang tenung berkata begini dan begitu. Kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda Nabi s.a.w., "Kata-kata yang benar itu tertangkap oleh sebangsa Jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambah-tambahnya dengan seratus dusta."

Wednesday, November 3, 2010

Kisah Taubat Seorang Pembunuh

Kisah Taubat Seorang Pembunuh

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2372]
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Zaman dahulu ada seorang pembunuh yang telah membunuh korbannya 99 orang.