Tuesday, December 14, 2010
Friday, November 26, 2010
Bunuh Diri
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.86]
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukkannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.88]
Dari Tsabit bin Dhahhak r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang bersumpah menurut cara suatu agama selain Islam, baik sumpahnya itu dusta mahupun sengaja, maka orang itu akan mengalami sumpahnya sendiri. "Siapa yang bunuh diri dengan suatu cara, Allah akan menyiksanya di neraka jahannam dengan cara itu pula."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.89]
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kami ikut perang bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam perang Hunain. Rasulullah berkata kepada seorang lelaki yang mengaku Islam, "Orang ini penghuni neraka." Ketika kami berperang, orang itu pun ikut berperang dengan gagah berani, sehingga dia terluka. Maka dilaporkan orang hal itu kepada Rasulullah s.a.w., katanya: "Orang yang tadi Anda katakan penghuni neraka, ternyata dia berperang dengan gagah berani, dan sekarang dia tewas." Jawab Nabi s.a.w., "Dia ke neraka." Hampir saja sebahagian kaum muslimin menjadi ragu-ragu. Ketika mereka sedang dalam keadaan demikian, tiba-tiba diterima berita bahawa dia belum mati, tetapi luka parah. Apabila malam telah tiba, orang itu tidak sabar menahan sakit kerana lukanya itu. Lalu dia bunuh diri. Peristiwa itu dilaporkan orang kepada Nabi s.a.w. Nabi s.a.w. bersabda, "Allahu Akbar! Aku mengaku bahawa aku hamba Allah dan RasulNya." Kemudian beliau memerintahkan Bilal supaya menyiarkan kepada orang banyak, bahawa tidak akan dapat masuk syurga melainkan orang muslim (orang yang tunduk patuh). Sesungguhnya Allah menguatkan agama ini dengan orang jahat."

|
Categories:
Advice,
Hadith,
Hell,
Iman,
Islamic,
Learning,
Reminder,
Sabda Nabi,
Shahih Muslim,
Warning
Thursday, November 25, 2010
Bersama Kekasih
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2269]
Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Ketika aku dan Rasulullah s.a.w. pada suatu ketika keluar dari masjid, tiba-tiba kami ditemui oleh seorang lelaki di pintu masjid, lalu dia bertanya, "Ya, Rasulullah, bilakah terjadi hari qiamat?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Apakah yang telah engkau persiapkan untuk itu?" Lelaki itu kelihatan seperti menunduk, kemudian dia berkata, "Tidak banyak yang telah kusiapkan; baik itu berupa solat (sunat), puasa, dan sedekah (zakat). Tetapi aku sungguh-sungguh mencintai Allah dan RasulNya." Maka bersabda Nabi s.a.w., "Engkau akan senantiasa bersama-sama kecintaanmu itu kelak."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2270]
Dari 'Abdullah r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu dia bertanya, "Ya, Rasulullah! Bagaimana pendapat Anda tentang seorang lelaki yang mencintai suatu kaum, tetapi dia tidak pernah bertemu dengan kaum itu?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Setiap orang bersama kekasihnya."
Kasih Allah Ta'ala
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2265]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila Allah Ta'ala mengasihi seseorang hamba, maka dipanggilNya Jibril seraya berfirman: "Hai, Jibril! Sesungguhnya Aku mengasihi si Fulan. Maka kasihi pulalah dia!" Lalu Jibril mengasihi orang itu. Kemudian dia berseru kepada penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala mengasihi si Fulan. Maka kasihi pulalah dia oleh kalian semuanya!" Lalu penduduk langit mengasihi orang itu. Kemudian cinta kasih itu sampai kepada penduduk bumi. Dan apabila Allah Ta'ala membenci seseorang hamba, maka dipanggilNya Jibril seraya berfirman: "Hai, Jibril! Aku benci kepada si Fulan. Maka benci pulalah kepadanya!" Lalu Jibril membenci orang itu. Kemudian dia berseru kepada penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci si Fulan. Maka benci pulalah kamu semua kepadanya." Kata Nabi s.a.w., "Lalu penduduk langit membenci orang itu, sehingga penduduk bumi membencinya pula."

Saturday, November 13, 2010
Fitnah dan Tanda-Tanda Qiamat [Part V:Ciri-Ciri Dajjal]
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2476]
Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. berbicara mengenai Dajjal di hadapan orang banyak. Sabda beliau, "Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak picek (buta matanya sebelah). Ketahuilah, sesungguhnya Al Masih Dajjal yang picek mata kanannya seperti sebuah anggur mengembung."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2477]
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada seorang Nabi melainkan dia mengingatkan umatnya supaya waspada terhadap si picek pembohong besar. Ketahuilah! Dia picek, sedangkan Tuhanmu tidak picek. Antara kedua matanya tertulis 'kaf-fa-ra' (kafir)."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2478]
Dari Hudzaifah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku lebih tahu tentang Dajjal daripada Dajjal itu sendiri. Dia mempunyai dua sungai yang mengalir. Yang satu kelihatan oleh mata mengalirkan air putih bersih, sedang yang satu lagi kelihatan bagaikan api bergejolak yang sedang mengalir. Siapa yang menemukannya, hendaklah didatanginya sungai yang kelihatan seperti api menyala, lalu picingkan mata, tundukkan kepala dan minumlah airnya. Maka sesungguhnya itulah air sejuk. Dajjal matanya tertutup oleh selapis daging tebal. Antara kedua matanya terdapat tulisan 'kafir', yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik yang tahu tulis baca atau tidak."

Fitnah dan Tanda-Tanda Qiamat [Part IV:Tanda-Tanda Qiamat]
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2466]
Dari Hudzaifah bin Asid Al Ghiffari r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. menengok kami ketika kami sedang berbincang-bincang seraya bertanya: "Apa yang sedang kalian perbincangkan?" Jawab para sahabat, "Kami berbincang-bincang mengenai hari qiamat." Sabda beliau, "Qiamat tidak akan terjadi sebelum terlihat sepuluh macam tanda: (1) Ad Dukhan (asap atau kabut), (2) Dajjal (si penipu besar), (3) Dabbah (binatang melata), (4) Matahari terbit dari barat, (5) 'Isa anak Maryam a.s. turun, (6) Ya'juj dan Ma'juj, (7) Gerhana di timur, (8) Gerhana di barat, (9) Gerhana di Jazirah 'Arab, (10) Api menyala di Yaman menghalau umat manusia ke mahsyar (tempat berkumpul)."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2467]
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "belum terjadi qiamat sebelum api menyala di bumi Hijaz sehingga menyinari leher unta-unta di Bushra."94)
94). Bushra, sebuah kota di Syam (Siria), iaitu kota Hauran kira-kira tiga marhalah dari Dimsyiq (Damaskus). (Syarah Nawawi, 5:754).
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2468]
Dari 'Aisyah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Belum akan pergi malam dan siang (terjadi qiamat) sebelum disembah orang kembali Latta dan 'Uzza." Tanya 'Aisyah, "Ya, Rasulullah. Bagaimana dengan firman Allah yang mengatakan: "Dia (Allah) telah mengutus RasulNya dengan petunjuk (Al-Qur'an) dan dengan agama yang benar (Islam) untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai." (At Taubah, 33). Aku menduga bahawa ketika ayat itu diturunkan, perihal orang-orang menyembah berhala telah selesai." Jawab Rasulullah s.a.w., "Yang demikian bakal terjadi dengan kuasa Allah. Allah akan meniupkan angin yang baik, maka wafatlah setiap orang yang ada iman dalam dadanya, walaupun iman yang hanya seberat biji sawi. Sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang tidak baik belaka. Lalu mereka kembali memeluk agama nenek moyang mereka."

Fitnah,
Hadith,
Islamic,
Learning,
Prophecy,
Qiamat,
Reminder,
Sabda Nabi,
Shahih Muslim,
Taubat
Fitnah dan Tanda-Tanda Qiamat [Part III:Islam Mula-Mula Asing, dan Akan Kembali Asing]
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.118]
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam pada mulanya asing, dan akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah kiranya yang terasing."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.119]
Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya Islam itu mula-mulanya asing dan akan kembali asing bagai semula. Dia akan kembali kepada dua masjid sebagaimana ular kembali ke sarangnya."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.120]
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya iman itu akan kembali ke Madinah, seperti ular kembali ke sarangnya."40)

Fitnah dan Tanda-Tanda Qiamat [Part II:Fitnah Terjadi Sesudah 'Umar Tewas]
Fitnah (Bencana) Terjadi Sesudah 'Umar Tewas
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2465]
Dari Hudzaifah r.a. katanya: "Pada suatu ketika kami berada bersama 'Umar lalu dia bertanya: "Siapakah di antara saudara-saudara yang hafal hadith Rasulullah s.a.w. mengenai fitnah (bencana) sebagaimana pernah disabdakan beliau?" Jawabku, "Aku!" Kata 'Umar, "Engkau sungguh pemberani! Nah, bagaimana sabda beliau?" Jawabku, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Fitnah (bencana atau kekacauan) seorang lelaki bersumber atau terletak pada isterinya, pada hartanya, pada dirinya, pada anaknya, pada tetangganya. Semuanya tidak melakukan puasa, tidak solat, tidak bersedekah (zakat), tidak mahu menganjurkan yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar." Kata 'Umar, "Bukan itu yang kumaksud. Tetapi ialah huru-hara yang menggelora bagaikan gelombang lautan." Jawabku, "Anda tidak terlibat dalam peristiwa itu, ya Amirul Mukminin! Kerana antara Anda dengan bencana itu ada suatu pintu yang terkunci rapat." Tanya 'Umar, "Apakah pintu dipecah atau dibuka orang?" Jawabku, "Tidak dibuka, tetapi dipecahkan orang." Kata 'Umar, "Kalau begitu, pantas pintu itu tak dapat lagi dikunci untuk selama-lamanya." Kami bertanya kepada Hudzaifah, "Tahukah 'Umar, pintu itu pintu yang mana?" Jawab Hudzaifah, "Ya, seperti apa yang diketahui 'Umar malam ini, lepas daripada besok."93)
93). Yang dimaksud dengan pintu dalam hadith Rasulullah s.a.w. tersebut ialah peribadi Khalifah 'Umar sendiri. 'Umar dilambangkan sebagai pintu yang terkunci rapat, yang dapat menahan atau melumpuhkan segala macam kekacauan yang mungkin terjadi di kalangan umat Islam, berkat kepemimpinannya yang cermat, adil, dan berwibawa tinggi. Setelah beliau wafat kerana dendam seorang perngkhianat, bencana datang beruntun seperti gelombang lautan. Antara lain terbunuhnya Khalifah 'Utsman oleh umat Islam sendiri, kemudian 'Ali, dan seterusnya. (Syarah Nawawi, 5:752).
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.117]
Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Pada suatu hari kami berada bersama-sama 'Umar bin Kaththab, lalu dia bertanya: "Siapakah di antara Anda semua yang pernah mendengar Rasulullah s.a.w. membicarakan perihal fitnah (bencana)?" Jawab hadirin, "Kami pernah mendengar." Kata 'Umar, "Barangkali yang Anda maksudkan, bencana yang terjadi dalam keluarga atau tetangga seseorang." Jawab mereka, "Ya, benar!" Kata 'Umar, "Bencana yang demikian dapat dihapus dengan solat, puasa dan sedekah. Tetapi siapa di antara Anda sekalian yang pernah mendengar Nabi s.a.w. berbicara mengenai bencana besar39) yang terjadi seperti gelombang laut?" Kata Hudzaifah, "Orang banyak diam saja. Kerana itu aku berkata: "Aku pernah dengar!" Kata 'Umar, "Bagus, silakan bicara!" Kata Hudzaifah, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Fitnah membentang dalam lubuk hati manusia sedikit demi sedikit bagaikan tenunan sehelai tikar. Hati yang menerimanya akan mendapat bercak hitam, sedangkan hati yang menolak fitnah itu akan tetap putih cemerlang selama langit dan bumi masih ada. Hati yang telah kena bercak hitam, lama-lama akan menjadi sangat hitam bagaikan belanga tertelungkup. Dia tidak lagi mengenal baik dan buruk, tetapi hanya mengikuti kehendak hawa nafsunya semata-mata." Kata Hudzaifah melanjutkan, "Antara Anda dengan berkecamuknya bencana besar itu terdapat sebuah pintu yang terkunci rapat, namun dikhuatirkan pintu itu akan dipecahkan orang." Tanya 'Umar, "Akan dipecahkan orang? Bagaimanakah kiranya kalau pintu itu dibuka saja, barangkali dapat ditutup kembali dengan baik." Kata Hudzaifah, "Pintu itu ialah seorang pemimpin utama yang kemudian tewas dibunuh orang. Dan hadith ini bukanlah sekadar cerita dongeng belaka."
39). Fitnah (bencana) besar bermaksud ialah perang saudara di kalangan kaum muslimin yang terjadi silih berganti bagaikan gelombang laut, sesudah pemerintahan 'Umar sendiri. Setelah 'Umar tewas di tangan pembunuh yang mendendam, fitnah (bencana) mulai merayap di kalangan kaum muslimin kerana nafsu hendak merebut kekuasaan yang ditiup-tiupkan musuh-musuh Islam. Selama pemerintahan Abu Bakar dan 'Umar, nafsu-nafsu seperti itu dapat ditekan oleh keduanya berkat wibawa serta ketajaman pandangan yang dipancarkan iman dan taqwa yang dimiliki keduanya. Maka dalam hadith ini 'Umar digambarkan sebagai pintu yang terkunci, yang menutup rapat datangnya bencana itu. Tetapi pintu itu sendiri, yakni 'Umar, dipecah (dibunuh) oleh si pendendam yang hanya mengutamakan dendam peribadinya. Setelah 'Umar terbunuh, mulailah berkembang isu-isu yang mengatakan, bahawa yang berhak menjadi khalifah ialah keluarga Rasulullah s.a.w. Tetapi nyatanya yang terpilih sesudah 'Umar ialah 'Utsman bin 'Affan, yang menyebabkan tambah meluasnya isu tersebut. Akhirnya Khalifah 'Utsman mati terbunuh kerana isu itu, padahal 'Utsman sendiri adalah menantu Rasulullah pula.

Friday, November 12, 2010
Fitnah dan Tanda-Tanda Qiamat [Part I:Fitnah dan Permusuhan]
Bila Kejahatan Telah Merajalela
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2454]
Dari Zainab binti Jahsy r.a. katanya: "Nabi s.a.w. bangun dari tidur sambil mengucapkan: Laa Ilaaha illallah, celaka orang 'Arab kerana bencana telah dekat. Hari ini terbuka dinding penutup Ya'juj dan Ma'juj selebar ini --Abu Sufyan merapatkan sepuluh jarinya-- ." Tanya Zainab, "Ya, Rasulullah! Akan binasakah kita semua, padahal di antara kita terdapat orang-orang saleh?" Jawab beliau, "Ya, kalau kejahatan telah banyak terjadi."
Ka'bah Tetap Aman
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2455]
Dari Hafshah r.a. katanya dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Rumah ini (Ka'bah) akan tetap aman dari serangan tentera yang hendak menyerbunya. Setelah mereka sampai di Baida', pasukan tengah mereka lenyap. Lalu pasukan depan memanggil pasukan belakang. Kemudian mereka lenyap semuanya, sehingga yang tinggal hanyalah yang lari ketakutan menceritakan keadaan mereka." Maka berkata seorang lelaki, "Aku percaya engkau tidak berdusta atas berita dari Hafshah itu dan percaya pula Hafshah tidak berdusta bahawa berita itu datang dari Nabi s.a.w."
Kekacauan di Madinah
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2456]
Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya Nabi s.a.w. mendaki sebuah benteng di antara benteng-benteng yang ada di Madinah, kemudian beliau bersabda: "Tahukah kamu apa yang kelihatan olehku? Aku melihat fitnah (kekacauan) terjadi di celah-celah rumah-rumah kamu (merata) seperti ditimpa hujan." 92)
92). Peringatan Nabi s.a.w. terbukti dengan terjadinya perang di antara sesama mereka, perang Jamal, perang Shiffin, terbunuhnya 'Utsman, terbunuhnya Husen bin 'Ali bin Abu Thalib r.a. dan sebagainya. (Syarah Nawawi, 5:734).

Doa,
Fitnah,
Hadith,
Islamic,
Learning,
Prophecy,
Qiamat,
Reminder,
Sabda Nabi,
Shahih Muslim
Suci Dari Kotoran Dunia
Zuhud (Suci Dari Kotoran Dunia)
Penjara Orang Mukmin, Syurga Orang Kafir
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2488]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."
Dunia Lebih Hina Dari Bangkai
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2489]
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya: "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. lewat pasar melalui bahagian atas. Orang banyak mengikut beliau di kiri dan di kanan. Beliau bertemu dengan bangkai seekor anak kambing yang kecil kedua telinganya. Lalu dihampiri dan diambilnya anak kambing pada telinganya. Kata beliau, "Siapakah di antara kamu yang suka membeli ini dengan satu dirham?" Jawab mereka, "Kami tidak suka sedikit jua pun. Untuk apa bagi kami." Tanya beliau, "Sukakah kamu diberi dengan percuma?" Jawab mereka, "Sekalipun dia hidup kami tidak akan mahu, kerana anak kambing itu bercacat. Kedua telinganya kecil. Apalagi dia sudah menjadi bangkai." Sabda Rasulullah s.a.w., "Demi Allah, sesungguhnya dunia lebih hina di sisi Allah Ta'ala daripada anggapanmu terhadap bangkai ini."

Peliharalah Lidah
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2507]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang hamba (manusia) yang berbicara dengan pembicaraan yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), maka dia akan terlempar ke neraka sejauh antara timur dan barat."
Jangan Hanya Pandai Mengatakan
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2508]
Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya dia ditanya orang: "Mengapa Anda tidak menghadap kepada Usman supaya Anda dapat berbicara dengannya?" Jawab Usamah, "Apakah kamu mengira bahawa aku tidak berani berbicara dengannya kecuali bila kamu dengar? Demi Allah, aku telah berbicara empat mata dengannya tanpa menyebut-nyebut perkara yang tidak kusukai, iaitu supaya aku sebagai orang pertama yang memulainya, dan aku tidak pernah berkata kepada seseorang bahawa dia sebagai Amir (penguasa): Sesunguhnya dia adalah orang yang terbaik. Iaitu setelah aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak di hari qiamat seseorang akan dihadapkan, lalu dia dilemparkan ke neraka. Maka bertaburan isi perutnya keluar, lalu diputar-putar seperti keledai memutar kilangan. Maka berkumpul ke dekatnya penduduk neraka, lalu mereka bertanya, "Hai Fulan! Apa dosamu? Tidakkah engkau menyuruh dengan ma'ruf (baik) dan mencegah yang mungkar?" Jawabnya, "Ada! Aku menyuruh yang ma'ruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakan. Dan aku melarang yang mungkar tetapi aku sendiri melanggarnya."

Istilah Kafir bagi yang Meninggalkan Solat
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.63]
Dari Jabir r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya tali penghubung antara seseorang dengan syirik dan kafir, ialah meninggalkan solat."
Agama ialah Nasihat
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.45]
Dari Jabir r.a., katanya: "Aku berjanji kepada Rasulullah s.a.w. akan setia dan patuh, dan memberi nasihat kepada setiap orang muslim. Lalu beliau bersabda kepadaku, "Lakukanlah sekuasamu."
Dari Jabir r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya tali penghubung antara seseorang dengan syirik dan kafir, ialah meninggalkan solat."
Agama ialah Nasihat
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.45]
Dari Jabir r.a., katanya: "Aku berjanji kepada Rasulullah s.a.w. akan setia dan patuh, dan memberi nasihat kepada setiap orang muslim. Lalu beliau bersabda kepadaku, "Lakukanlah sekuasamu."
|
Categories:
Advice,
Hadith,
Iman,
Islamic,
Learning,
Reminder,
Sabda Nabi,
Shahih Muslim,
Solat,
Taubat
Thursday, November 11, 2010
Peristiwa Isra' dan Mikraj
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.137]
Abu Dzar r.a. mengabarkan bahawa Rasulullah s.a.w. bercerita: "Pada suatu ketika, waktu aku masih di Makkah, atap rumahku tiba-tiba terbuka. Lalu Jibril a.s. turun dan membelah dadaku, kemudian dibersihkannya dengan zamzam. Sesudah itu diambilnya sebuah bejana emas penuh berisi hikmah dan iman, lalu dituangkannya ke dadaku, dan setelah itu dadaku dipertautkannya. Kemudian dipegangnya tanganku, dan ia membawaku naik ke langit. Ketika kami sampai di langit dunia, Jibril berkata kepada penjaga langit, "Buka pintu!" Tanya penjaga, "Siapa itu?" Jawabnya, "Aku Jibril!" Tanya: "Adakah orang lain bersama Anda?" Jawab: "Ya, ada! Bersamaku Muhammad s.a.w." Tanya: "Apakah dia sudah diutus menjadi Rasul?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus." Maka terbukalah pintu untuk kami. Ketika kami telah sampai di langit dunia, tiba-tiba kami melihat seorang lelaki, yang di kanan kirinya tampak menghitam. Apabila dia melihat ke sebelah kanannya dia tertawa, dan apabila dia melihat ke sebelah kirinya dia menangis. Dia berujar kepadaku, "Selamat datang, hai Nabi dan anak yang saleh." Aku bertanya, "Siapa ini, hai Jibril?" Jawab Jibril, "Ini Adam 'alaihissalam. Yang kelihatan menghitam di kanan kirinya itu ialah ruh anak-cucunya. Yang sebelah kanan penduduk syurga dan yang sebelah kirinya penduduk neraka. Kerana itu, kalau dia menengok ke kanan, dia tertawa dan apabila dia menengok ke kiri dia menangis." Kata Nabi s.a.w. selanjutnya, "Kemudian Jibril membawaku naik ke langit kedua. Kata Jibril kepada penjaga, "Buka pintu!" Penjaga bertanya seperti pertanyaan penjaga langit dunia. Sesudah itu barulah pintu terbuka. Kata Anas bin Malik, "Nabi s.a.w. menceritakan bahawa di beberapa langit beliau bertemu berturut-turut dengan para Nabi: Adam, Idris, Isa, Musa dan Ibrahim shalawatullahi 'alaihim ajma'in. Beliau tidak meceritakan selengkapnya bagaimana pertemuan beliau dengan para Nabi itu selain hanya menceritakan pertemuannya dengan Adam a.s. di langit dunia, dan dengan Ibrahim di langit keenam." Katanya, "Ketika Jibril a.s. bersama Rasulullah s.a.w. lewat di tempat Idris a.s., Idris berkata: "Selamat datang wahai Nabi dan anak yang saleh." Aku bertanya kepada Jibril. "Siapa ini?" Jawab Jibril, "Ini Idris!" Kata Nabi s.a.w. selanjutnya, "Kemudian aku bertemu dengan Musa a.s." Kata Musa kepadaku, "Selamat datang wahai Nabi dan anak yang saleh." Aku bertanya, "Siapa ini?" Jawab Jibril, "Ini Musa!" Kemudian aku bertemu dengan 'Isa a.s. Kata 'Isa, "Selamat datang Nabi dan anak yang saleh." Tanyaku, "Siapa ini?" Jawab Jibril, "Ini 'Isa Ibnu Maryam." Cerita Nabi s.a.w. selanjutnya, "Kemudian aku bertemu dengan Ibrahim a.s." Katanya, "Selamat datang wahai Nabi dan anak yang saleh." Aku bertanya, "Siapa ini?" Jawab, "Ini Ibrahim!" Kata Ibnu Syihab, Ibnu Hazm mengatakan bahawa Ibnu 'Abbas dan Abu Habbah Al Anshari r.a., kedua-duanya berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bercerita: "Kemudian aku dibawa naik ke Mustawa, di mana aku mendengar bunyi coretan kalam." Kata Ibnu Hazm dan Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. menceritakan: Lalu Allah mewajibkan atas umatku solat 50 kali sehari semalam. Setelah itu aku kembali membawa perintah itu, dan bertemu dengan Musa a.s. Kata Musa, "Kewajipan apa yang diperintahkan Tuhanmu atas umatmu?" Jawabku, "Allah memerintahkan solat wajib 50 kali." Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhanmu! Sesungguhnya umatmu tidak akan sanggup melakukan sebanyak itu." Kerana itu aku kembali kepada Tuhanku, lalu Tuhan mengurangi sebahagian. Sesudah itu aku kembali kepada Musa dan kuceritakan kepadanya bahawa Tuhan mengurangi sebahagian. Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhanmu, sesungguhnya umatmu tidak akan sanggup melakukan sebanyak itu." Kata Nabi s.a.w., "Aku kembali kepada Tuhanku (sampai berulang kali) sehingga akhirnya Allah berfirman: "Hanya lima, namun nilainya sama dengan lima puluh; dan putusan ini tidak dapat diubah lagi." Sesudah itu aku kembali pula kepada Musa. Dia menyuruhku lagi supaya aku kembali kepada Tuhanku, lantas kujawab, "Aku malu terhadap Tuhanku." Kata Nabi s.a.w. selanjutnya, "Kemudian aku meneruskan perjalanan bersama Jibril, hingga sampai ke Sidratul Muntaha. Tempat itu dipulas dengan aneka warna yang aku tak tahu warna apa namanya. Sesudah itu aku dimasukkan ke syurga, yang di dalamnya terdapat kubah-kubah dari permata dan tanahnya dari kasturi."

Syafa'at
Syafa'at (Pembelaan)
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.152]
Jabir bin 'Abdullah r.a. mengabarkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah akan mengeluarkan suatu kaum dari neraka kerana syafa'at (pembelaan)."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.154]
Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan dikeluarkan dari neraka, orang yang mengucapkan 'La ilaaha illallah', sedangkan dalam hatinya terdapat iman seberat biji gandum. Kemudian orang yang mengucapkan 'La ilaaha illallah', dan di dalam hatinya terdapat iman seberat beras. Kemudian yang mengucapkan 'La ilaaha illallah' dan di dalam hatinya terdapat iman seberat debu."

Masuk Syurga Tanpa Hisab
Masuk Syurga Tanpa Hisab (Tanpa Diadili)
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.170]
Dari Sa'id bin Musayyab, Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Nanti akan masuk syurga satu rombongan umatku, terdiri dari tujuh puluh ribu orang. Muka mereka bersinar-sinar bagaikan cahaya bulan purnama. Kata Abu Hurairah selanjutnya, "Mendengar sabda Nabi itu, 'Ukasyah bin Mihshan Al Asadi serta-merta berdiri sambil mengacungkan tangannya dan berkata: "Ya, Rasulullah! Doakanlah kepada Allah, semoga aku termasuk dalam rombongan mereka." Lalu Rasulullah s.a.w. mendoakannya, "Wahai, Allah. Masukkah dia di antara mereka." Kemudian berdiri pula seorang laki-laki Anshar, katanya, "Ya, Rasulullah! Doakan pulalah kepada Allah, semoga aku termasuk di antara mereka." Sabda Rasulullah s.a.w., "Ukasyah telah mendahului anda."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.171]
Dari 'Imran Ibnu Hushain r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak, akan masuk syurga tujuh puluh ribu orang umatku tanpa diperiksa." Para sahabat bertanya, "Siapa mereka itu ya, Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Mereka ialah orang-orang yang tidak berubat memakai jampi-jampi, tidak mempercayai suara burung (tathayyur), tidak berubat dengan tusukan besi panas (Kai) tetapi mereka tawakal kepada Tuhan mereka."

Afterlife,
Good News,
Hadith,
Heaven,
Iman,
Islamic,
Learning,
Sabda Nabi,
Shahih Muslim
Tuesday, November 9, 2010
Penghuni Syurga dan Neraka
Tidak Ada Lagi Kematian
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2435]
Dari 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setelah penduduk syurga dimasukkan Allah ke syurga dan penduduk neraka dimasukkan ke neraka, maka diumumkan kepada mereka masing-masing, "Hai, penduduk syurga. Tidak ada lagi kematian. Hai, penduduk neraka. Tidak ada lagi kematian. Semuanya kekal di mana mereka berada."
Siapa Penghuni Syurga dan Neraka?
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2436]
Dari Haritsah bin Wahab r.a. katanya dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Maukah kamu sekalian kuberitahukan siapa penduduk syurga?" Jawab para sahabat, "Tentu, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Orang-orang dha'if bila dihina orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah (dan mendoa kepadaNya), maka doanya sungguh diperkenankan Allah." Kemudian beliau bertanya pula, "Maukah kamu kuberitahukan siapa penduduk neraka?" Jawab mereka, "Tentu!" Sabda beliau, "Setiap orang yang kasar, besar mulut, angkuh, mewah namun kikir dan sombong."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2437]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "ada dua macam penghuni neraka yang belum terlihat olehku dewasa ini: Pertama, orang-orang yang membawa cemeti seperti ekor sapi, digunakannya untuk memukul manusia. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian seperti bertelanjang dan pandai merayu. Rambut mereka disasak seperti punuk unta miring. Mereka tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang sangat jauh."

Neraka
Seksa Neraka
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2432]
Dari Samurah bin Jundab r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Di antara para penghuni neraka ada yang dibakar hingga kedua mata kakinya. Ada yang dibakar hingga pinggang. Dan ada yang dibakar hingga lehernya."
Neraka adalah Seksa, Syurga adalah Rahmat
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2433]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Neraka dan syurga saling bertengkar. Kata neraka, aku diistimewakan Allah dengan penghuni-penghuniku orang-orang sombong dan sewenang-wenang." Kata syurga, "Apakah penghuni-penghuniku hanya terdiri dari orang-orang dha'if, orang-orang terdampar, dan orang-orang lemah?" Maka berfirman Allah kepada syurga, "Engkau adalah rahmatKu. Aku rahmati dengan engkau orang-orang yang Kukehendaki di antara hamba-hambaKu." dan berfirman pula Allah kepada neraka, "Engkau adalah azab (seksa)Ku. Aku seksa dengan engkau orang yang Kukehendaki di antara hamba-hambaKu. Masing-masing kamu mendapat penghuni sampai penuh." Ketika ternyata neraka belum penuh, maka Allah memenuhinya dengan orang-orang yang harus diseksa. Setelah penuh, neraka berkata, "Cukup, cukup" Lalu mereka dicampur aduk satu sama lain.
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2434]
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Neraka jahannam senantiasa meminta tambahan penghuni. Katanya, "Masih adakah tambahannya?" Sehingga akhirnya Allah Rabbul 'Izzati Tabaraka wa Ta'ala mendatangkan orang-orang yang harus diseksa, sampai dia berkata, "Cukup, cukup, demi keperkasaanMu." Lalu mereka dicampur aduk satu sama lain."

Syurga
Syurga dan Nikmatnya
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2418]
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Syurga dikelilingi dengan segala yang tidak disenangi hawa nafsu, dan neraka dikelilingi oleh segala yang disukai hawa nafsu."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2419]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah Ta'ala telah berfirman: "Kusediakan bagi hamba-hambaKu yang saleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia." Sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dalam KitabNya yang mulia, "Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (As Sajdah, 32:17)
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2420]
Dari Sahal bin Sa'ad r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Di dalam syurga terdapat sebatang pohon yang naungannya tidak terlewat oleh seorang pengendara selama seratus tahun."

Quran,
Sabda Nabi,
Shahih Muslim
Masuk Syurga Adalah Kerana Rahmat Allah Ta'ala
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2412]
Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Tidak seorang pun di antara kamu, yang amalnya akan dapat menyelamatkannya." Tanya seorang lelaki, "Amal Anda juga begitu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Ya, aku juga. Tetapi Allah melindungiku dengan rahmatNya. Kerana itu tambah giatlah kamu meluruskan amalmu."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2413]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang pun amalnya dapat memasukkannya ke syurga." Lalu beliau ditanya orang, "Anda juga, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Aku juga tidak. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmatNya."

Kegiatan Syaitan Menggoda Manusia
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2407]
Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya syaitan telah putus asa mengharapkan orang-orang yang solat akan menyembah kepadanya di Jazirah 'Arab. Kerana itu dia berusaha mengadu-domba sesama mereka agar selalu bermusuhan."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2408]
Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membencanai) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka."

Thursday, November 4, 2010
Mimpi Baik & Mimpi Buruk
Mimpi baik dan buruk
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2108]
Dari Abu Qatadah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mimpi yang baik datang dari Allah dan mimpi buruk dari syaitan. Maka bila kamu bermimpi buruk, meludahlah ke kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah dari bahaya kejahatannya, nescaya dia tidak membahayakan."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2109]
Dari Abu Qatadah r.a., dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Mimpi yang baik datang dari Allah, dan mimpi yang buruk dari syaitan. Maka siapa bermimpi yang dibencinya, hendaklah dia meludah ke kiri, kemudian berlindung kepada Allah dari kejahatan syaitan, nescaya tidak akan membahayakannya. Dan jangan menceritakan mimpi itu kepada siapa pun. Maka siapa bermimpi dengan mimpi yang buruk, bergembiralah dan jangan mencerita-ceritakannya kecuali kepada orang yang dikasihi."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2110]
Dari Jabir r.a., dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Apabila salah seorang kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disenanginya, maka hendaklah dia meludah ke kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan tiga kali, sesudah itu merubah posisi tidur dari posisinya semula."

bercerita,
Collection,
Dreams,
Hadith,
Islamic,
Kisah,
Learning,
Quran,
Sabda Nabi,
Shahih Muslim
Hakikat Tenungan/Tilikan dan Meteor
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2084]
Dari Mu'awiyah bin Hakam As Sulami r.a. katanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya, Rasulullah! Pada masa jahiliyah kami biasa mendatangi tukang tenung. Bagaimana itu?" Jawab beliau, "Jangan. Jangan datangi lagi tukang tenung itu." Tanya Mu'awiyah, "Kami percaya kepada suara burung sebagai petanda jahat atau baik. Bagaimana pula itu?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Yang demikian itu hanyalah dugaan belaka. Maka janganlah hal itu sampai menghalangi urusanmu."
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2085]
[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2085]
Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah s.a.w., bahawa para tukang tenung berkata begini dan begitu. Kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda Nabi s.a.w., "Kata-kata yang benar itu tertangkap oleh sebangsa Jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambah-tambahnya dengan seratus dusta."
Wednesday, November 3, 2010
Kisah Taubat Seorang Pembunuh
Kisah Taubat Seorang Pembunuh
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Zaman dahulu ada seorang pembunuh yang telah membunuh korbannya 99 orang.
Thursday, October 21, 2010
Perumpamaan Tentang Kebenaran Dan Kebathilan
بسم الله الرحمن الرحيم
[Ibrahim: 24-27]
25. pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.
26. Dan perumpamaan kalimat yang buruk787) seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.
27. Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu788) dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.
Tuesday, February 16, 2010
A Conversation with Tariq Ramadan
Subscribe to:
Posts (Atom)